PERMATA TAHAP
Sila login untuk dapat lebih manfaat.
PERMATA TAHAP

Sumber Manusia Kekasih Allah
 
HomeFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
MENU
Download
CHAT - AMARAN
MAAF!

Anda didapati belum log masuk ke laman forum ini.
Sila log masuk.

Jika anda belum mendaftar, sila daftar dengan klik menu REGISTER pada
menu di atas.

Latest topics
» 4 ORANG STUDENT TAHAP KE MAKTAB
by ana_iqs91 Tue 29 Jan 2013, 1:57 pm

» Belajar Bahasa Jepun
by yah n yad Mon 10 Dec 2012, 3:16 pm

» klau (sama-sama) dlm bahasa jepun apa yaa..?
by roshahzlieza mustapa Sun 16 Sep 2012, 9:35 am

» ingin tahu
by wunliQ Tue 14 Feb 2012, 4:08 pm

» KEPUTUSAN SPM DAN STPM 2009
by cikgu syahrul Fri 13 Jan 2012, 4:46 pm

» pekse nk dekat dah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
by cikgu syahrul Fri 13 Jan 2012, 4:39 pm

» kenal x nur farhana husna
by cikgu syahrul Fri 13 Jan 2012, 4:30 pm

» Japanese! Japanese ! japanese !
by Misaki Yamada Sun 25 Sep 2011, 9:57 pm

» MOHON DIPERHATIKAN KESALAHAN DALAM PENULISAN AMIN DAN SALAM
by NurFirman Sun 15 May 2011, 3:39 pm

» kaitan antara perang dgn dajjal
by ana_iqs91 Wed 29 Dec 2010, 1:10 pm

» cinta kepada rasulullah?
by Anas Wed 01 Dec 2010, 3:57 pm

» masalah dengan pelayar
by Guest Tue 23 Nov 2010, 1:24 pm

» tntg hasan fikri yg baik
by pqahz_96 Sat 06 Nov 2010, 12:09 pm

» X-TAHAP YG DAH BERJAYA.. .,
by wadi Wed 01 Sep 2010, 1:32 pm

» cikgu paling berjasa???
by wadi Wed 25 Aug 2010, 1:12 pm

» palestin
by wadi Wed 25 Aug 2010, 1:04 pm

» Biasiswa untuk siapa-siapa yang nak masuk U nanti!!!!
by KitBiasiswa Mon 26 Jul 2010, 10:59 pm

» belakang blok baru ada hantu!!!!!!!!!!!!!
by raja macho Thu 24 Jun 2010, 5:09 pm

» LIFE OF TAHAP....PERMATATAHAP....ade bandingan?
by al-fateh93 Fri 11 Jun 2010, 4:47 pm

» teka teki zaman sekarang!!!!!!!!!!!!
by muslimah tahap Sun 06 Jun 2010, 5:43 pm

» Wanita Idaman Lelaki
by srikandi_2791 Sat 05 Jun 2010, 1:27 am

» The Arrivals-mesti tonton..!
by fiddeen Tue 18 May 2010, 9:04 am

» Perlukah wanita tahu memasak !!
by fiddeen Tue 18 May 2010, 8:53 am

» "Amani"
by mickzgurlz Sun 25 Apr 2010, 12:13 pm

» jauh dimata dekat dihati
by fiddeen Sat 24 Apr 2010, 3:00 pm

» DARI LEMBAYUNG BIAH SOLEHAH....
by muslimah besi Sun 18 Apr 2010, 5:01 pm

» cikgu zaini le
by duan ismi Sun 18 Apr 2010, 2:47 pm

» bola baling!!!!!!
by duan ismi Sun 18 Apr 2010, 2:31 pm

» pelajar tahap hilang title?
by duan ismi Sun 18 Apr 2010, 2:13 pm

» lelaki soleh.......
by duan ismi Sun 18 Apr 2010, 1:42 pm

PAUTAN TERPILIH

Share | 
 

 WANITA ITU CANTIK (untuk MUSLIMAH)

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
creative0111
Admin


Male Number of posts : 117
Age : 25
Lokasi (Daerah) : Jengka, Maran
Kata Hikmah: : Mari sokong PRODUK MUSLIM!!! Joinlah HPA!
Kelas : 5 Ibnu Sina
Tahun terakhir : 2008
Points : 120
Reputation : 0
Registration date : 10/08/2008

PostSubject: WANITA ITU CANTIK (untuk MUSLIMAH)   Sun 21 Sep 2008, 1:47 pm



"Wanita menunjukkan kecantikan dan kejelitaan mereka dalam berbagai-bagai cara. Inilah yang terjadi pada wanita zaman dahulu dan zaman sekarang. Sedangkan Allah telah meminta wanita dalam keluarga Nabi seperti isteri-isteri dan anak-anaknya tidak melakukan pendedahan aurat seperti yang dilakukan oleh wanita-wanita jahiliah.

Firman Allah SWT bermaksud :

"Dan hendaklah kamu tetap di dalam rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang jahiliah......"-Al-Ahzab : 33


Menurut Qatadah, wanita jahiliah berjalan dengan gaya yang ghairah dan mempersonakan. Cara mereka menarik perhatian adalah dengan meletakkan kain selendang diatas kepala tanpa mengikatnya sambil memain-mainkan rantai-rantai dilehernya, subang dan perhiasan-perhiasan yang lain dengan aksi yang menggoda serta bebas bergaul dengan kaum lelaki.


Oleh itu wanita Islam hendaklah mempunyai keperibadian yang tersendiri. Gaya wanita jahiliah tidak sepatutnya menjadi ikutan. Tatatertib dalam Islam yang sebenar yang dituntut terhadap wanita Islam untuk menjauhkan diri daripada perbuatan menunjuk-nunjuk seperti berikut :


* menundukkan pandangan.

Sesungguhnya semulia-mulia perhiasan wanita adalah kesuciannya dan cara menunjukkan kesuciannya ialah dengan menundukkan pandangan seperti firman Allah SWT yang bermaksud :

"Katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menundukkan pandangannya," -An-Nur : 31


* Jangan bergaul bebas dengan lelaki sehingga anggota mereka bersentuh atau lelaki menyentuh wanita seperti yang biasa berlaku kini dalam bilik kuliah di universiti, di dalam bas dan seumpamanya.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud :

"Adalah lebih baik bagi salah seorang daripada kamu daripada diketuk dengan tukul besi yang tajam dikepala daripada menyentuh wanita yang haram bagi kamu menyentuhnya."


* Pakaian yang dipakai oleh wanita hendaklah selaras dengan apa yang telah ditetapkan oleh hukum syarak seperti berikut :


1) Pakaian hendaklah menutup seluruh badannya. Melainkan yang kelihatan dari zahir yang mengikut tafsirannnya muka dan tangan.


2) Pakaian yang dipakai janganlah yang dibuat daripada kain yang jarang, yang boleh membayangkan susuk badan daripada sebelah dalam pakaian tersebut.

Sabda Nabi bermaksud :

"Antara penghuni-penghuni neraka ialah wanita yang memakai baju tetapi masih bertelanjang, menggoda dan digodai. Mereka ini tidak akan masuk syurga malah bau syurga pun tidak akan sampai kepada mereka."


3) Pakaian tidak boleh terlalu ketat. Hingga menunjukkan potongan badannya terutama sekali dibahagian badan yang montok seperti bahagian dada, pinggang, punggung dan sebagainya walaupun pakaian yang dipakainya itu tidak jarang.


4) Wanita tidak boleh memakai pakaian yang dibuat khas untuk lelaki.


5) Tidak boleh meniru pakaian wanita bukan Islam kerana Islam mempunyai ciri-cirinya sendiri dari segi penampilan diri, kepercayaan dan sikap.

Sabda Nabi SAW bermaksud ;
"Sesiapa meniru sesuatu bangsa lain, maka ia adalah bangsa itu"


6) Wania Islam berjalan dan bercakap dengan penuh hormat, sopan dan tegas, mengelakkan diri daripada menunjukkan wajahnya persis seorang penggoda. Bergurau senda dan telatah menggoda adalah perangai wanita yang rosak moralnya. Sifat ini tidak layak dimiliki oleh wanita Islam seperti firman Allah SWT bermaksud :

"janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja(semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya(menaruh tujuan buruk kepada kamu)......"-Al-Ahza:327)


Tidak menarik perhatian lelaki dengan perhiasannya yang tersorok, memakai bau-bauan, menggoyang atau memainkan perhiasannya atau perbuatan seumpamanya.

Firman Allah SWT bermaksud :

"dan janganlah menghentakkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan"-an-Nur:31.

Wanita jahiliah menghentakkan kaki apabila berjalan dihadapan lelaki agar gelang kakinya akan berbunyi dan didengari serta menarik perhatian lelaki dan menaikkan nafsu mereka juga dilarang.

Sabda Nabi SAW bermasud :

"seorang wanita yang memakai bau-bauan lalu berjalan di khalayak ramai itu merupakan seorang penzina."


Cantik, jelita dan cerdiknya wanita Islam itu ketika di luar rumah apabila mereka berpakaian menutup aurat, menjaga batas pergaulan, berpengetahuan, berakhlak mulia dan seumpamanya.


Sesungguhnya perintah berpakaian menutup aurat adalah untuk menyedarkan wanita Islam bahawa mereka adalah wanita beriman dan bukanlah wanita yang biasa merayau-rayau di jalanan untuk menunjukkan kecantikan mereka kepada orang lain.

_________________
- Administrator -
Back to top Go down
sar



Female Number of posts : 3
Age : 25
Lokasi (Daerah) : jerantut
Kata Hikmah: : hidup berpaksikan al-quran dan assunnah,insya-Allah berjaya dunia dan akhirat
Kelas : 5 Ibnu Hazim
Tahun terakhir : 2008
Points : 1
Reputation : 0
Registration date : 01/10/2008

PostSubject: Re: WANITA ITU CANTIK (untuk MUSLIMAH)   Wed 01 Oct 2008, 10:24 am

KEWAJIPAN PEMUDA
ISLAM






Senario pada hari ini memerlukan kepada kelompok manusia
yang sedar bagi mengembalikan ummah kepada kegemilangan islam seperti satu masa
dahulu. Lebih – lebih lagi kepada jiwa baru yang bersemangat kental dalam
menyusun rentak perjuangan membebaskan ummah dari kongkongan kesesatan dan
kesempitan pemikiran berkenaan kemuliaan islam. Kelompok yang dikatakan ini
adalah kelompok shabab atau pemuda yang bersih jiwanya, panjang pemikirannya
dan semangat yang tidak mudah luntur dalam menjalankan urusan jihad membaiki
ummah.





Dari zaman para nabi hingga ke hari ini, kita dapat lihat
bagaimana setiap inci dari perjuangan agama ini di pacu oleh pemuda, walau
sedikit darinya dari kalangan orang tua – tua. Nabi Ibrahim as, Nabi Muhammad
SAW, Umar Alkhatab as, Umar Abdul Aziz, Sultan Mohammad Al Fateh dan lainya
dapat kita lihat semua dari mereka ini adalah golongan pemuda. Nyatanya
tersangat perlu bagi kelompok ini untuk membantu dalam setiap inci urusan
menegakkan agama Allah SWT pada zaman ini.





Ada beberapa kewajipan yang perlu dilakukan oleh pemuda hari
ini bagi membina kembali ummah yang gemilang :-


a. Menuntut
ilmu


b. Memahami
agama


c. Mengamalkan
ajaran agama.


d. Membina
sakhsiah diri.


e. Menjaga
agama dengan menyertai jemaah





MENUNTUT ILMU





Sabda nabi SAW


“ Menuntut ilmu kewajipan bagi muslimin dan muslimah ”





Pemuda yang cita – citanya tinggi dalam hendak mengembangkan
islam perlu membuat persediaan ilmu yang cukup bagi berdepan dengan pelbagai
mehnah dan tribulasi dalam perjuangan. Islam yang dijuangkan wajib difahami
dengan sepenuhnya supaya dai’e ini menyampaikan risalah yang benar kepada
mad’u.





Assyeikh Prof Yusof Al - Qardawi menerangkan bahawa perlu
bagi individu atau kelompok ( jamaah ) menguasai enam jenis fiqh bagi memacu
perjalanan memperbaiki ummah mengikut panduan Al Quran dan Sunnah. Enam jenis
fiqh ini adalah :-


a. Fiqh
Al Waqie


b. Fiqh
Muwazanat


c. Fiqh
Awlawiyat


d. Fiqh
Taghyir


e. Fiqh






























Menurut imam Al Mawardi dalam kitabnya mendifinisikan
khilafah iaitu :





“ Menegakkan
Islam dan mentadbir urusan dengan nya ( islam ) ”
Back to top Go down
Im Human
Admin


Male Number of posts : 227
Age : 25
Lokasi (Daerah) : jerantut,pahang
Kata Hikmah: : BARA'BARA'ALLAH2,JUA'JUA' YA' LAMUALLAH..
Kelas : 5 Ibnu Khaldun
Tahun terakhir : 2008
Points : 272
Reputation : 3
Registration date : 10/08/2008

PostSubject: Re: WANITA ITU CANTIK (untuk MUSLIMAH)   Tue 10 Feb 2009, 11:03 am

emm leh bagi definasi x pasal fiqah al waqie??



[img]http://permatatahap.friendhood.net/%20(alt+p)[/img]
Back to top Go down
soul_addeen
Sangat aktif
Sangat aktif


Female Number of posts : 58
Age : 25
Lokasi (Daerah) : jengka
Kata Hikmah: : mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis
Kelas : 5 Ibnu Sina
Tahun terakhir : 2008
Points : 51
Reputation : 0
Registration date : 28/11/2008

PostSubject: Re: WANITA ITU CANTIK (untuk MUSLIMAH)   Mon 16 Mar 2009, 12:56 pm

jazakallahukhairankathira....
Back to top Go down
pqah
Sangat aktif
Sangat aktif


Female Number of posts : 118
Age : 25
Lokasi (Daerah) : rawang,selangor
Kata Hikmah: : brgsiapa yg ingin dlpangkan rezekinya dan dimdhkn sgl ursannya, hndklah ia m'hbngkn sltrrhim
Kelas : 5 Ibnu Rusydi
Tahun terakhir : 2008
Points : 113
Reputation : 0
Registration date : 18/10/2008

PostSubject: Re: WANITA ITU CANTIK (untuk MUSLIMAH)   Tue 24 Mar 2009, 8:42 pm

untukmu wanita

Wahai wanita solehah,jangan risau akan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana itu,
x akan terpaut pada wanita hanya pada kcantikan atau lirikan senyuman atau pada bicara manja
yang menggoda atau pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya.
Sesungguhnya lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita..andai belum sampai jdohmu,
anggaplah bahawa Adam yang kau nantikan itu sedang membina sahsiah kepimpinannya bagi memimpin dirimu.
Kerana pada wanita itu pasti ada kekurangannya dan Adam yang benar2 layak
pasti akan hadir untuk melengkapkanmu...


dtlis smula dr msg yg diterime...harap dpt input dr sini...wassalam
Back to top Go down
hani
Guest



PostSubject: wanita itu cantik   Mon 04 May 2009, 1:28 pm

wahai muslimat tahap yg sejati jadilah kamu sprt mawar berduri....jagalah kehormatan diri .... flower I love you I love you
Back to top Go down
snfr_love story
Ahli Berpengaruh
Ahli Berpengaruh


Female Number of posts : 14
Age : 24
Lokasi (Daerah) : kuantan
Kata Hikmah: : untuk kwn2,aku rela rungkaikan molekul2 kasih sayang dengan sutera ikatan ionik,kutitratkan asid permusuhan dengan base kelukaan..moga persahabatan akan kekal neutral
Kelas : 5 Ibnu Sina
Tahun terakhir : 2009
Points : 21
Reputation : 0
Registration date : 03/06/2009

PostSubject: Re: WANITA ITU CANTIK (untuk MUSLIMAH)   Fri 05 Jun 2009, 10:34 pm

wanita..
hiasan dunia..
sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah..

wahai muslimah2 tahap..
jadilah seperti prhiasan yang dilrtakkan
di dalam peti kaca yang berkunci..
hanya bisa dilihat tetapi tidak boleh dipegang..

jgn seperti batu jalanan yang..
dipijak disepak dan dipegang dengan suka-suki..

jgnlah kita ikut budaya lain sedangkan
budaya kita sendiri x da kurang pon..
jd..berdoalah supaya kita sentiasakan berpaksikan
landasan yang benar..
AL-QURAN dan AS-SUNNAH...
Back to top Go down
atashi96
Sangat aktif
Sangat aktif


Female Number of posts : 82
Age : 20
Lokasi (Daerah) : TEmeRLuf
Kata Hikmah: : KNowING iS NoT enOUgH,wE MUst aPpLy.WiLLiNG iS noT EnOUgh wE MuST DO...
Kelas : 1 Ibnu Hazim
Tahun terakhir : 2013
Points : 77
Reputation : 0
Registration date : 20/08/2009

PostSubject: Re: WANITA ITU CANTIK (untuk MUSLIMAH)   Thu 20 Aug 2009, 11:50 pm

wah..syahdu btol la...ni yg naik smgt ni...hehe...pape pon,yg bek jd kan pedoman..
Back to top Go down
habida_aliban
Ahli biasa
Ahli biasa


Female Number of posts : 9
Age : 20
Lokasi (Daerah) : di bumi allah
Kata Hikmah: : persahabatan yang sejati memerlukan kejujuran dan kesetiaan dalam diri kita,jika ianya tiada tidak mungkin akan terbinanya satu persahabatn sejati
Kelas : 1 Ibnu Khaldun
Tahun terakhir : 2013
Points : 7
Reputation : 0
Registration date : 04/08/2009

PostSubject: Re: WANITA ITU CANTIK (untuk MUSLIMAH)   Wed 09 Dec 2009, 11:53 pm

salam,btol2....
Back to top Go down
srikandi_2791
Sangat aktif
Sangat aktif


Female Number of posts : 54
Age : 25
Lokasi (Daerah) : Somewhere di bumi ALLAH,Pahang
Kata Hikmah: : Join me in KELAB PEMBURU CINTA ALLAH..
Kelas : 5 Ibnu Khaldun
Tahun terakhir : 2008
Points : 86
Reputation : 0
Registration date : 09/12/2009

PostSubject: Re: WANITA ITU CANTIK (untuk MUSLIMAH)   Thu 10 Dec 2009, 12:33 am

Kamu menjadi sebutir mutiara,
Berada di dasar lautan,
Tersimpan rapi dilindungi kulit,
Bukan senang untuk dilihat,
Apatah lagi mendapatkannya,

Hanya insan bertuah,
Berusaha menyelami dasar lautan demi nama ALLAH,
Dapat memilikinya,
Harganya mahal sekali,
Sama sekali tidak boleh ditawar,
Dan ia akan tersimpan selamanya.....
Back to top Go down
nnsh_cartoon network
Sangat aktif
Sangat aktif


Female Number of posts : 33
Age : 20
Lokasi (Daerah) : malaysia
Kata Hikmah: : berilah cinta kita pada yang sudi bukan pada yang simpati dan kalau memberi biarlah pada yang baik hati bukan pada yang berhati budi...
Kelas : 1 Ibnu Khaldun
Tahun terakhir : 2013
Points : 33
Reputation : 0
Registration date : 11/12/2009

PostSubject: Re: WANITA ITU CANTIK (untuk MUSLIMAH)   Fri 11 Dec 2009, 5:37 pm

renunglah pada keindahan bunga mawar yang unggul terjaga,
berpagarkan duri sebagai bentengnya
dari kejauhan keharumannya mencuri perhatian,
kilauan memancar indah menjadi tarikan,
namun,lantaran pagaran duri yang bisa itu,
sang kumbang tertunduk kagum terhadap keindahan yang
terjaga sehinggakan ia berfikir beberapa kali untuk
mendekatinya
Back to top Go down
minah_idam
Sangat aktif
Sangat aktif


Female Number of posts : 161
Age : 20
Lokasi (Daerah) : Jerantut
Kata Hikmah: : *jadilah kamu wahai wanita yang teristimewa seperti bunga mawar yang berduri*
Kelas : 1 Ibnu Khaldun
Tahun terakhir : 2013
Points : 191
Reputation : 1
Registration date : 13/06/2009

PostSubject: Re: WANITA ITU CANTIK (untuk MUSLIMAH)   Mon 14 Dec 2009, 8:06 pm

wah.. .,
pandai ayat daa.. .,
belajar dari sape .. .,
Back to top Go down
nnsh_cartoon network
Sangat aktif
Sangat aktif


Female Number of posts : 33
Age : 20
Lokasi (Daerah) : malaysia
Kata Hikmah: : berilah cinta kita pada yang sudi bukan pada yang simpati dan kalau memberi biarlah pada yang baik hati bukan pada yang berhati budi...
Kelas : 1 Ibnu Khaldun
Tahun terakhir : 2013
Points : 33
Reputation : 0
Registration date : 11/12/2009

PostSubject: Re: WANITA ITU CANTIK (untuk MUSLIMAH)   Mon 14 Dec 2009, 8:08 pm

biarlah kite neh jadi feeling sket npew??
Back to top Go down
Sponsored content




PostSubject: Re: WANITA ITU CANTIK (untuk MUSLIMAH)   Today at 8:05 am

Back to top Go down
 
WANITA ITU CANTIK (untuk MUSLIMAH)
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
PERMATA TAHAP :: ISLAMIC CENTRE :: TaZkIRah-
Jump to: