PERMATA TAHAP
Sila login untuk dapat lebih manfaat.
PERMATA TAHAP

Sumber Manusia Kekasih Allah
 
HomeFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
MENU
Download
CHAT - AMARAN
MAAF!

Anda didapati belum log masuk ke laman forum ini.
Sila log masuk.

Jika anda belum mendaftar, sila daftar dengan klik menu REGISTER pada
menu di atas.

Latest topics
» 4 ORANG STUDENT TAHAP KE MAKTAB
by ana_iqs91 Tue 29 Jan 2013, 1:57 pm

» Belajar Bahasa Jepun
by yah n yad Mon 10 Dec 2012, 3:16 pm

» klau (sama-sama) dlm bahasa jepun apa yaa..?
by roshahzlieza mustapa Sun 16 Sep 2012, 9:35 am

» ingin tahu
by wunliQ Tue 14 Feb 2012, 4:08 pm

» KEPUTUSAN SPM DAN STPM 2009
by cikgu syahrul Fri 13 Jan 2012, 4:46 pm

» pekse nk dekat dah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
by cikgu syahrul Fri 13 Jan 2012, 4:39 pm

» kenal x nur farhana husna
by cikgu syahrul Fri 13 Jan 2012, 4:30 pm

» Japanese! Japanese ! japanese !
by Misaki Yamada Sun 25 Sep 2011, 9:57 pm

» MOHON DIPERHATIKAN KESALAHAN DALAM PENULISAN AMIN DAN SALAM
by NurFirman Sun 15 May 2011, 3:39 pm

» kaitan antara perang dgn dajjal
by ana_iqs91 Wed 29 Dec 2010, 1:10 pm

» cinta kepada rasulullah?
by Anas Wed 01 Dec 2010, 3:57 pm

» masalah dengan pelayar
by Guest Tue 23 Nov 2010, 1:24 pm

» tntg hasan fikri yg baik
by pqahz_96 Sat 06 Nov 2010, 12:09 pm

» X-TAHAP YG DAH BERJAYA.. .,
by wadi Wed 01 Sep 2010, 1:32 pm

» cikgu paling berjasa???
by wadi Wed 25 Aug 2010, 1:12 pm

» palestin
by wadi Wed 25 Aug 2010, 1:04 pm

» Biasiswa untuk siapa-siapa yang nak masuk U nanti!!!!
by KitBiasiswa Mon 26 Jul 2010, 10:59 pm

» belakang blok baru ada hantu!!!!!!!!!!!!!
by raja macho Thu 24 Jun 2010, 5:09 pm

» LIFE OF TAHAP....PERMATATAHAP....ade bandingan?
by al-fateh93 Fri 11 Jun 2010, 4:47 pm

» teka teki zaman sekarang!!!!!!!!!!!!
by muslimah tahap Sun 06 Jun 2010, 5:43 pm

» Wanita Idaman Lelaki
by srikandi_2791 Sat 05 Jun 2010, 1:27 am

» The Arrivals-mesti tonton..!
by fiddeen Tue 18 May 2010, 9:04 am

» Perlukah wanita tahu memasak !!
by fiddeen Tue 18 May 2010, 8:53 am

» "Amani"
by mickzgurlz Sun 25 Apr 2010, 12:13 pm

» jauh dimata dekat dihati
by fiddeen Sat 24 Apr 2010, 3:00 pm

» DARI LEMBAYUNG BIAH SOLEHAH....
by muslimah besi Sun 18 Apr 2010, 5:01 pm

» cikgu zaini le
by duan ismi Sun 18 Apr 2010, 2:47 pm

» bola baling!!!!!!
by duan ismi Sun 18 Apr 2010, 2:31 pm

» pelajar tahap hilang title?
by duan ismi Sun 18 Apr 2010, 2:13 pm

» lelaki soleh.......
by duan ismi Sun 18 Apr 2010, 1:42 pm

PAUTAN TERPILIH

Share | 
 

 Ikhtilat/Hubungan Lelaki dan Wanita Menurut Dr Yusof Al Qardhawi

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Im Human
Admin


Male Number of posts : 227
Age : 25
Lokasi (Daerah) : jerantut,pahang
Kata Hikmah: : BARA'BARA'ALLAH2,JUA'JUA' YA' LAMUALLAH..
Kelas : 5 Ibnu Khaldun
Tahun terakhir : 2008
Points : 272
Reputation : 3
Registration date : 10/08/2008

PostSubject: Ikhtilat/Hubungan Lelaki dan Wanita Menurut Dr Yusof Al Qardhawi   Fri 28 Aug 2009, 4:33 pm

[size=12][size=9]Bismillahirrahmaanirrahim

Ikhtilat (pergaulan antara lelaki dan perempuan). Adakah sama sekali
tidak boleh? Apakah hukumnya? Mungkin kebanyakan kita pernah mendengar
mengenai masalah ini, mungkin juga tidak.

Demi cinta dan sayangku kepada muslimah-muslimah di seluruh dunia, ku
cuba menterjemah sedikit secara bebas dari buku Fatawa Al Mar atul
Muslimah oleh Dr Yusuf Al Qardhawi, saya hanya mengambil di kesimpulan
dari keseluruhan jawapan penanya soalan. Teguran dan nasihat amat
diharapkan. Semoga ianya dapat memberi faedah kepada semua khususnya
para muslimah insyAllah.

Amma ba’d:

Pertemuan ataupun perjumpaan di antara lelaki dan perempuan tidaklah
diharamkan secara mutlak, bahkan harus mahupun dituntut jika tujuannya
adalah mulia, memberi manfaat dan menambah amal soleh(seperti menuntu
ilmu), membawa kebaikan, dan perkara-perkara yang mana berhajatkan
bantuan dan pertolongan dari kedua belah pihak (lelaki dan perempuan)
berlandaskan batas-batas, tujuan yang betul dan penguatkuasaan yang
berkesan.

Walaupun dibolehkan, kita sama sekali tidak mengabaikan batas-batas dan syariat yang telah ditetapkan oleh Islam :

1. Hendaklah menjaga pandangan oleh kedua-duanya (lelaki dan perempuan
jangan gatal menjeling-jeling), tidak memandang kepada aurat, tidak
juga memandang dengan syahwat, dan tidak memanjangkan pandangan jika
tidak berhajat. Allah SWT berfirman :

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka
menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu
adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa
yang mereka perbuat".(30)

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya,(31)

An Nuur : 30-31

2. Seorang perempuan hendaklah sentiasa mengenakan pakaian yang
disyariatkan dan sopan, menutupi seluruh badannya selain dua tangan dan
wajah, tidak jarang (tipis) dan tidak menampak bentuk tubuh, Allah SWT
berfirman :

dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang nampak dari
padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya, ,(31)

Surah An Nuur : 31

Dikuatkan lagi daripada para sahabat yang dimaksudkan dengan “perhiasan” ialah dua tangan dan wajah.

Allah SWT menjelaskan mengenai pakaian yang sopan, firmanNya :

Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. (59)

Al Ahzab: 59

Perempuan muslimah yang sopan berbeza pakaian mereka dari perempuan
yang semberono perangainya, dia juga tidak berakhlak buruk, dengan itu
setiap yang memandang pakaian dan akhlaknya, pasti akan menghormati dan
menyeganinya.

3. Sentiasa berakhlak muslimah pada setiap perkara, terutama ketika bermuamalat dengan lelaki :

i. Percakapan , hendaklah menjauhi dari suara yang boleh merangsang dan membangkitkan perasaan, Allah SWT berfirman :

Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah
orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang
baik,(32)

Al Ahzab : 32

ii. Berjalan, Allah SWT berfirman :

Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan (31)

An Nuur : 31

Allah SWT menyifatkan sopan santun seorang perempuan dengan firmanNya :

Kemudian datanglah kepada Musa salah seorang dari kedua wanita itu berjalan kemalu-maluan (25)

Surah Al Qashah :25
iii. Pergerakan, tidak berlenggok, seperti yang disifatkan dalam hadith
sebagai (berlenggok itu adalah perempuan) dan tidak berhias (tabarruj)
seperti yang dilakukan oleh wanita-wanita jahiliyyah dahulu mahupun
sekarang.



4. Menjauhi bau-bauan ataupun wangi-wangian yang boleh membuatkan
lelaki tertarik dengannya, dan menjauhi juga warna-warna terang dan
terlampau menarik yang mana sepatutnya hanya dipakai dirumah bukannya
ketika perjumpaan dengan lelaki.

5.
Jangan sesekali membiarkan hanya seorang lelaki dan seorang
perempuan berjumpa tanpa mahram disisi mereka, ianya ditegah dengan
sebuah hadith sahih mengenainya, (Sesungguhnya yang ketiga daripada
keduanya ialah syaitan), tidak patut membiarkan api dan kayu bersama
(makin ‘terbakar’ la kalau dibiarkan berdua). Yang patut diambil berat
juga ialah kaum keluarga terdekat, seperti ayah mertua, ipar dan
sesiapa pun yang bukan mahramnya daripada berduaan.

6. Hendaklah sepanjang perjumpaan itu hanya dalam lingkungan hajat
(cth: mesyuarat) dan perkara-perkara yang diperlukan, tidak perlu
hendak memanjangkan dengan perkara luar dari hajat itu tadi dengan
berbual-bual kosong, bergosip-gosipan, ataupun perkara-perkara yang
boleh mengabaikan kerja sebenar yang amat suci seorang perempuan, iaitu
tanggungjawabnya di rumah dan pertarbiyahan bangsa(anak-anak).

Penuhilah syarat-syarat ini, bukan untuk menyusahkan kita, bahkan demi
kebaikan bersama, kerana Allah SWT tahu apa yang terbaik untuk hambaNya
yang taat. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, perempuan yang
baik untuk lelaki yang baik, dengan keyakinan ini, marilah disaat ini
kita mula menjadi seorang yang terbaik disisiNya insyAllah.

Wallahu Ta’ala A’lam

Rujukan :

Fatawa Al Mar atul Muslimah oleh Dr Yusuf Al Qardhawi, maktabah wahbah, cetakan pertama 1996 m – 1416 h
[/size][/size]
Back to top Go down
mayam
Sangat aktif
Sangat aktif


Female Number of posts : 56
Age : 20
Lokasi (Daerah) : selangor
Kata Hikmah: : cinta kepada-Nya kekal abadi
Kelas : 1 Ibnu Sina
Tahun terakhir : 2011
Points : 51
Reputation : 0
Registration date : 01/08/2009

PostSubject: Re: Ikhtilat/Hubungan Lelaki dan Wanita Menurut Dr Yusof Al Qardhawi   Fri 28 Aug 2009, 4:39 pm

apa itu syahwat dan muamalat? Question
Back to top Go down
minah_idam
Sangat aktif
Sangat aktif


Female Number of posts : 161
Age : 20
Lokasi (Daerah) : Jerantut
Kata Hikmah: : *jadilah kamu wahai wanita yang teristimewa seperti bunga mawar yang berduri*
Kelas : 1 Ibnu Khaldun
Tahun terakhir : 2013
Points : 191
Reputation : 1
Registration date : 13/06/2009

PostSubject: Re: Ikhtilat/Hubungan Lelaki dan Wanita Menurut Dr Yusof Al Qardhawi   Fri 28 Aug 2009, 6:39 pm

muamalat tu apa????????tak pernah dengar pun perkataan tu.. .,
Back to top Go down
creative0111
Admin


Male Number of posts : 117
Age : 25
Lokasi (Daerah) : Jengka, Maran
Kata Hikmah: : Mari sokong PRODUK MUSLIM!!! Joinlah HPA!
Kelas : 5 Ibnu Sina
Tahun terakhir : 2008
Points : 120
Reputation : 0
Registration date : 10/08/2008

PostSubject: Re: Ikhtilat/Hubungan Lelaki dan Wanita Menurut Dr Yusof Al Qardhawi   Sat 29 Aug 2009, 12:53 pm

Muamalat tu asal dari perkataan 'aamala - yu'aamilu - mu'aamalah
Macam dalam ikrar sekolah kita "Husnul mu'amalati sulukuna"

Maksudnya adalah 'perhubungan'..bagaimana kita berhubung dengan manusia lain... husnul mu'amalah itu maknanya 'baik perhubungan'@'sopan santun'..

Perkara pertama y diajarkan dalam islam adalah berkaitan aqidah@iman. Kemudian akhlak.
kemudian ibadah.
kemudian muamalat.

Contoh hal muamalat yang diajar dalam islam: meniaga, perjanjian damai, peperangan

Harap faham penerangan yang ringkas ni...nak maklumat lanjut hubungi 09-2663330. Sekian... Very Happy

_________________
- Administrator -
Back to top Go down
Sponsored content




PostSubject: Re: Ikhtilat/Hubungan Lelaki dan Wanita Menurut Dr Yusof Al Qardhawi   Today at 8:05 am

Back to top Go down
 
Ikhtilat/Hubungan Lelaki dan Wanita Menurut Dr Yusof Al Qardhawi
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
PERMATA TAHAP :: ISLAMIC CENTRE :: TaZkIRah-
Jump to: