PERMATA TAHAP
Sila login untuk dapat lebih manfaat.
PERMATA TAHAP

Sumber Manusia Kekasih Allah
 
HomeFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
MENU
Download
CHAT - AMARAN
MAAF!

Anda didapati belum log masuk ke laman forum ini.
Sila log masuk.

Jika anda belum mendaftar, sila daftar dengan klik menu REGISTER pada
menu di atas.

Latest topics
» 4 ORANG STUDENT TAHAP KE MAKTAB
by ana_iqs91 Tue 29 Jan 2013, 1:57 pm

» Belajar Bahasa Jepun
by yah n yad Mon 10 Dec 2012, 3:16 pm

» klau (sama-sama) dlm bahasa jepun apa yaa..?
by roshahzlieza mustapa Sun 16 Sep 2012, 9:35 am

» ingin tahu
by wunliQ Tue 14 Feb 2012, 4:08 pm

» KEPUTUSAN SPM DAN STPM 2009
by cikgu syahrul Fri 13 Jan 2012, 4:46 pm

» pekse nk dekat dah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
by cikgu syahrul Fri 13 Jan 2012, 4:39 pm

» kenal x nur farhana husna
by cikgu syahrul Fri 13 Jan 2012, 4:30 pm

» Japanese! Japanese ! japanese !
by Misaki Yamada Sun 25 Sep 2011, 9:57 pm

» MOHON DIPERHATIKAN KESALAHAN DALAM PENULISAN AMIN DAN SALAM
by NurFirman Sun 15 May 2011, 3:39 pm

» kaitan antara perang dgn dajjal
by ana_iqs91 Wed 29 Dec 2010, 1:10 pm

» cinta kepada rasulullah?
by Anas Wed 01 Dec 2010, 3:57 pm

» masalah dengan pelayar
by Guest Tue 23 Nov 2010, 1:24 pm

» tntg hasan fikri yg baik
by pqahz_96 Sat 06 Nov 2010, 12:09 pm

» X-TAHAP YG DAH BERJAYA.. .,
by wadi Wed 01 Sep 2010, 1:32 pm

» cikgu paling berjasa???
by wadi Wed 25 Aug 2010, 1:12 pm

» palestin
by wadi Wed 25 Aug 2010, 1:04 pm

» Biasiswa untuk siapa-siapa yang nak masuk U nanti!!!!
by KitBiasiswa Mon 26 Jul 2010, 10:59 pm

» belakang blok baru ada hantu!!!!!!!!!!!!!
by raja macho Thu 24 Jun 2010, 5:09 pm

» LIFE OF TAHAP....PERMATATAHAP....ade bandingan?
by al-fateh93 Fri 11 Jun 2010, 4:47 pm

» teka teki zaman sekarang!!!!!!!!!!!!
by muslimah tahap Sun 06 Jun 2010, 5:43 pm

» Wanita Idaman Lelaki
by srikandi_2791 Sat 05 Jun 2010, 1:27 am

» The Arrivals-mesti tonton..!
by fiddeen Tue 18 May 2010, 9:04 am

» Perlukah wanita tahu memasak !!
by fiddeen Tue 18 May 2010, 8:53 am

» "Amani"
by mickzgurlz Sun 25 Apr 2010, 12:13 pm

» jauh dimata dekat dihati
by fiddeen Sat 24 Apr 2010, 3:00 pm

» DARI LEMBAYUNG BIAH SOLEHAH....
by muslimah besi Sun 18 Apr 2010, 5:01 pm

» cikgu zaini le
by duan ismi Sun 18 Apr 2010, 2:47 pm

» bola baling!!!!!!
by duan ismi Sun 18 Apr 2010, 2:31 pm

» pelajar tahap hilang title?
by duan ismi Sun 18 Apr 2010, 2:13 pm

» lelaki soleh.......
by duan ismi Sun 18 Apr 2010, 1:42 pm

PAUTAN TERPILIH

Share | 
 

 jangan merokok kt asrama!!!!!

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
antibiotic
Sangat aktif
Sangat aktif


Male Number of posts : 44
Age : 25
Lokasi (Daerah) : maran
Kata Hikmah: : Through Industry To Education:Moving Forward
Kelas : 5 Ibnu Khaldun
Tahun terakhir : 2008
Points : 47
Reputation : 0
Registration date : 24/09/2009

PostSubject: jangan merokok kt asrama!!!!!   Sat 03 Oct 2009, 8:05 pm


GAMBAR sinaran-X paru-paru yang dijangkiti
barah.


10,000 rakyat Malaysia mati setiap tahun kerana rokok

PEROKOK
di Malaysia menghisap 33 juta batang rokok sehari. Dengan anggaran minimum
sebatang rokok berharga 26 sen, perokok membelanjakan kira-kira RM8.6 juta
sehari untuk membeli rokok! Suatu pembaziran yang boleh dielakkan.


Justeru, tidak hairan apabila merokok disifatkan sebagai sejenis
penyakit. Malah mengikut pengkelasan penyakit antarabangsa, merokok dikodkan
sebagai F17.2 iaitu kategori penyakit mental dan perlakuan yang memungkinkan
perokok ditakrifkan sebagai penagih.


Penolong Pengarah Kanan Kawalan Tembakau dan FCTC (Konvensyen Rangka kerja
dan Kawalan Tembakau), Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan, Dr
Zarihah Zain, berkata tembakau

adalah penyebab kematian dan kesengsaraan
paling utama di dunia ketika ini.

Lebih daripada lima juta orang
meninggal dunia akibat penggunaan tembakau, jumlah yang lebih besar daripada
gabungan pesakit malaria, HIV/Aids dan batuk kering.

ORANG ramai tidak menghiraukan larangan merokok di zon yang
ditetapkan.


Anehnya, tembakau yang dihasilkan sebagai barang pengguna masih dijual secara
terbuka walaupun fakta sains menjelaskan separuh daripada perokok akan meninggal
dunia akibat penyakit berkaitan tembakau.

Di Malaysia, orang Melayu
adalah perokok paling ramai iaitu 1.66 juta atau 60.9 peratus daripada
keseluruhan 2.73 juta perokok. Majoriti perokok adalah orang dewasa dan hanya
103,630 perokok remaja.

“Setiap tahun syarikat pengeluar rokok
membelanjakan jutaan ringgit untuk memikat perokok baru, selain mengekalkan
ketagihan di kalangan perokok sedia ada. Dengan kempen dan pelbagai promosi,
industri tembakau sebenarnya cuba mengalihkan perhatian perokok daripada fakta
sebenar menghisap rokok iaitu komplikasi penyakit,” katanya.

Pada 1998,
enam juta dokumen ‘rahsia’ daripada tujuh pengeluar rokok terkemuka di Amerika
Syarikat seperti Philip Morris Incorporated, RJ Reynolds Tobbaco Company, Brown
& Williamson Tobacco Corporation dan British American Tobacco Industries
didedahkan berikutan membabitkan kes perundangan.
Dokumen setebal 35 juta halaman itu mendedahkan pelbagai taktik kotor
pengeluar tembakau untuk terus menyebabkan ketagihan. Misalnya, memorandum
jualan daripada pengeluar rokok, Lorillard Tobacco Company menyebut: “Asas
perniagaan kita adalah pelajar sekolah menengah atas.”

Saintis Kanan
British American Tobacco membuat dua kenyataan yang menggerunkan iaitu ‘perokok
adalah penagih nikotin’ dan ‘perokok wanita lebih bermotivasi untuk merokok dan
sukar berhenti. Perokok wanita lebih neurotik (tidak stabil dari segi mental)
berbanding lelaki dan lebih suka merokok apabila tertekan.’

Walaupun
pendedahan ini mendapat liputan meluas media, ia belum berupaya sepenuhnya untuk
membantu perokok membuang ketagihan. Tidak dinafikan kemungkinan tahap nikotin
dalam rokok pada masa ini kemungkinan lebih tinggi berbanding rokok sekitar
90-an atau 80-an.

Industri pengeluaran rokok kini menyasarkan lelaki dan
perempuan kumpulan kelas pertengahan dan golongan kurang berpendidikan sebagai
sasaran pasaran baru. Di Amerika, sasarannya ialah golongan kulit hitam,
Hispanik dan masyarakat daripada Kepulauan Pasifik.

Di Malaysia, jumlah
perokok wanita juga semakin ketara. Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan
2006 mencatatkan 2.5 peratus wanita pernah merokok, 1.6 peratus masih merokok
dan 0.9 peratus berjaya berhenti merokok. Di kalangan lelaki, 57.6 peratus
pernah merokok, 46.4 peratus masih merokok, manakala 11 peratus berjaya berhenti
merokok.

Sejak 1998, semakin banyak negara bertegas dalam menangani
perokok. Banyak negara sudah mensyaratkan semua rokok di pasaran mesti dibungkus
dengan grafik komplikasi merokok, misalnya barah paru-paru dan keguguran janin.


Di Malaysia, sejak 1 Jun 2009, semua kotak rokok di pasaran mesti
mempunyai 40 peratus amaran bergambar di bahagian hadapan dan 60 peratus di
belakang kotak.

Dr Zarihah berkata, daripada kajian yang dibuat,
kebanyakan perokok berasa terancam dari segi psikologi dengan kotak rokok
beramaran. Daripada enam amaran bergambar (barah paru-paru, keguguran janin,
kelahiran pramatang, barah mulut, barah tengkuk dan gangrene) perokok lebih
memilih rokok dengan gambar beramaran ‘cap kaki’ (gangrene).

Jika semua
fakta itu tidak menyentuh perasaan perokok, ada satu lagi alasan yang sangat
kuat untuk perokok berhenti merokok. Kajian terbaru mendapati, walaupun merokok
di luar rumah atau di dalam bilik khas, partikel dan gas dari asap rokok
berupaya melekat di rambut dan pakaian perokok.

Kemudian, apabila
perokok pulang ke rumah menyentuh anak-anak dan isteri, mereka juga berisiko
berdepan dengan pelbagai komplikasi kesihatan akibat merokok. Antaranya, masalah
jantung.

‘Third hand smoker’ atau perokok ketiga adalah terma terbaru
yang digunakan bagi menjelaskan golongan yang berisiko pada kewujudan toksin
tidak dapat dilihat yang datang dari gas dan partikel sebatang rokok.


Malah, gas dan partikel rokok bukan saja melekat pada rambut dan pakaian
perokok tetapi juga permaidani dan sofa. Kewujudan terma perokok ketiga ini juga
hasil rumusan kajian terhadap risiko rokok pada bayi dan kanak-kanak. Laporan
itu diterbitkan dalam Jurnal Pediatrik Amerika Syarikat pada Januari 2009.


Pakar Runding Kardiologi, Jabatan Kardiologi Institut Jantung Negara, Dr
Aizai Azan Rahim, berkata merokok adalah punca kira-kira 30 peratus daripada
masalah jantung koronari dan ia adalah faktor risiko utama bagi strok iskemia
dan penyakit berkaitan arteri.

“Perokok ketiga tercemar dengan saki baki
asap rokok yang mencemari persekitaran. Biasanya asap rokok kekal di situ
selepas rokok habis dihisap. Partikel kimia menyebabkan tembakau terbakar
termasuk tar dan nikotin terlekat pada pakaian, rambut, bekas rokok pada kadar
yang lebih lama walaupun asap sudah hilang dari udara. Partikel ini membentuk
lebih 200 gas beracun yang kebanyakannya menyebabkan barah seperti arsenik dan
amonia.

“Jadi perokok ketiga juga berdepan dengan risiko serangan acute
coronary syndrome (ACS) (masalah jantung membabitkan kekurangan aliran darah ke
jantung) atau barah. Tiada tahap selamat pada pendedahan terhadap asap rokok,”
katanya.

Dr Aizai berkata, langkah berhenti merokok adalah asas
pencegahan masalah jantung yang utama. Ini kerana berhenti merokok boleh
mengurangkan risiko masalah jantung dengan ketara dalam tempoh dua tahun
pertama.

Bagi perokok wanita, mereka lebih cenderung menderita barah
pangkal rahim jika terus merokok.

Berhenti merokok, katanya membantu
mengurangkan kadar kematian akibat penyakit jantung koronari berbanding terapi
pencegahan lain seperti mengurangkan pengambilan kolesterol. Justeru, langkah
berhenti rokok adalah asas dalam pencegahan penyakit kardiovaskular. Malah,
tabiat merokok juga mengurangkan manfaat ubat yang mencegah faktor risiko
kardiovasular.

Pada abad ke-20, 100 juta penduduk dunia meninggal dunia
disebabkan penyakit berkaitan tabiat merokok. Pada 2030, dianggarkan lapan juta
kematian disebabkan faktor yang sama setiap tahun dengan 80 peratus berlaku di
negara membangun.

“Di Malaysia, 10,000 orang berhenti merokok setiap
tahun. Malangnya mereka berhenti kerana meninggal dunia,” katanya.


Terlalu banyak penyakit yang dikaitkan dengan merokok. Malah setiap
tahun jumlah kemasukan ke wad disebabkan komplikasi merokok meningkat. Pada
2006, 31,186 kemasukan dicatatkan di 773 unit rawatan rapi di Malaysia.


Daripada jumlah itu, 12,534 kemasukan dikaitkan dengan ACS. Malah ACS
membabitkan 47 kes dalam setiap 100,000 populasi, manakala insiden masalah
koronari yang lain dicatatkan 141 per 100,000 populasi.

Dr Aizai
berkata, satu daripada cabaran utama perokok untuk membuang tabiat itu ialah
ketagihan dan kebergantungan pada nikotin. Malah, mungkin kandungan nikotin
dalam rokok yang ada di pasaran hari ini lebih tinggi berbanding nikotin dalam
rokok yang dipasarkan sekitar 70-an atau 80-an. Namun, tiada kajian mengenainya
dibuat.

“Ada terapi berhenti merokok menjimatkan kos yang boleh dipilih
perokok jika mereka ingin berbuat demikian. Terapi penggantian nikotin boleh
didapati dalam pelbagai bentuk, gula-gula getah, lozenges, tampalan, semburan
hidung dan penyedut.

“Malah, ada juga pilihan ubat oral bukan nikotin
yang dihasilkan secara khusus untuk membantu pengguna berhenti merokok,”
katanya.
Back to top Go down
tahapian92
Ahli Berpengaruh
Ahli Berpengaruh


Female Number of posts : 24
Age : 24
Lokasi (Daerah) : raub
Kata Hikmah: : cUkuPLah CinTa ALLAH pEnYuLuh HiDuPkU..WaLAuPunkU DiUjI DeNgN PeLbAgAi mEhNaH DaRi ALLAH...
Kelas : 5 Ibnu Sina
Tahun terakhir : 2009
Points : 20
Reputation : 0
Registration date : 20/12/2008

PostSubject: Re: jangan merokok kt asrama!!!!!   Sat 17 Oct 2009, 5:55 pm

yela..kpd seme prokok-perokok bhentilh mrokok..jgn gnekn duit 2 tuk kmusnhan..rokok 2 pemusnah..
Back to top Go down
iman_insyirah
Ahli Berpengaruh
Ahli Berpengaruh


Female Number of posts : 10
Age : 25
Lokasi (Daerah) : temerloh
Kata Hikmah: : kita merancang,ALLAH jua merancang,namun perancanganNya adalah yg terbaik...
Kelas : 4 Ibnu Sina
Tahun terakhir : 2007
Points : 10
Reputation : 0
Registration date : 18/10/2009

PostSubject: Re: jangan merokok kt asrama!!!!!   Mon 19 Oct 2009, 9:54 pm

sebenrnya perokok2 ni tau,dh arif sgt2 pon ksn2 merokok ni sume,even kt kotak rokok pon dh ckp "merokok membahayakn kesihatan"tp still lg nk merokok..kenape ye??once klu dh de habit merokok mmg ssh nk bnti tp di mana ade kemahuan di situ de jln..btol x?renung2kn dan selamt beramal!
Back to top Go down
miejah_pinky
Ahli Berpengaruh
Ahli Berpengaruh


Female Number of posts : 14
Age : 25
Lokasi (Daerah) : TEMERLOH
Kata Hikmah: : ~maafkan bila ku tak sempurna~
Kelas : 5 Ibnu Sina
Tahun terakhir : 2008
Points : 16
Reputation : 0
Registration date : 09/04/2009

PostSubject: Re: jangan merokok kt asrama!!!!!   Thu 05 Nov 2009, 3:02 pm

apela keenakan dan kelazatan merokok ni ek smpai susah sgt org nk berenti.. klu rokok 2 ibarat dessert..klu de xpe,klu xdek pon xpe...kan bagus...hahaha.. cume dessert 2 x elok utk kesihatanla...
Back to top Go down
mayam
Sangat aktif
Sangat aktif


Female Number of posts : 56
Age : 20
Lokasi (Daerah) : selangor
Kata Hikmah: : cinta kepada-Nya kekal abadi
Kelas : 1 Ibnu Sina
Tahun terakhir : 2011
Points : 51
Reputation : 0
Registration date : 01/08/2009

PostSubject: Re: jangan merokok kt asrama!!!!!   Fri 06 Nov 2009, 9:10 pm

apw best nyer merokok??????
sedap ker????
insaflah!!!!
Back to top Go down
mijan_mimie
Ahli biasa
Ahli biasa


Male Number of posts : 6
Age : 25
Lokasi (Daerah) : jerantut
Kata Hikmah: : i know what you did last raya
Kelas : 5 Ibnu Rusydi
Tahun terakhir : 2008
Points : 6
Reputation : 0
Registration date : 26/09/2008

PostSubject: Re: jangan merokok kt asrama!!!!!   Mon 09 Nov 2009, 2:23 pm

merokok??????????????? tiptop..............ha3
x bgus la mrokok nie............ bhaye kan ksihatan jea
kpade prokok2 hrap dpat la brenti ek
sy dh brenti anda bile lagi................ha3
Back to top Go down
ueki94
Sangat aktif
Sangat aktif


Male Number of posts : 38
Age : 22
Lokasi (Daerah) : jerantut
Kata Hikmah: : selaju-laju jalan kejahatan pasti dapat dikejar jalan kebenaran
Tahun terakhir : 2011
Points : 89
Reputation : 0
Registration date : 11/12/2008

PostSubject: Re: jangan merokok kt asrama!!!!!   Mon 07 Dec 2009, 12:05 am

hmm...sbnarnya depa tau benda ni x molek.

renung2kanlah ayat al furqan "jangan campakkan diri kamu dalam kebinasaan"

allah larang hambanya membuat sesuatu yang memudaratkan diri,allah itu maha penyayang.tp kita x sayang diri....
Back to top Go down
bidadarijhd
Ahli Berpengaruh
Ahli Berpengaruh


Female Number of posts : 17
Age : 23
Lokasi (Daerah) : ade la nak taw contact..he3
Kata Hikmah: : tak knl mka tak cnte..
Kelas : 1 Ibnu Sina
Tahun terakhir : 2010
Points : 17
Reputation : 0
Registration date : 04/06/2009

PostSubject: Re: jangan merokok kt asrama!!!!!   Tue 15 Dec 2009, 9:27 pm

he???
Back to top Go down
nnsh_cartoon network
Sangat aktif
Sangat aktif


Female Number of posts : 33
Age : 20
Lokasi (Daerah) : malaysia
Kata Hikmah: : berilah cinta kita pada yang sudi bukan pada yang simpati dan kalau memberi biarlah pada yang baik hati bukan pada yang berhati budi...
Kelas : 1 Ibnu Khaldun
Tahun terakhir : 2013
Points : 33
Reputation : 0
Registration date : 11/12/2009

PostSubject: Re: jangan merokok kt asrama!!!!!   Tue 15 Dec 2009, 10:42 pm

btol 2..rokok neh bkn bahagiaan pada kite tp..kesengsaraan..x gitu...jd berhentilah merokok..anda cuba anda sengsara...
Back to top Go down
hagemaru_dimple96
Sangat aktif
Sangat aktif


Female Number of posts : 30
Age : 20
Lokasi (Daerah) : jerantut,pahang
Kata Hikmah: : ALLAH allwAys in my miNd!!!!!!
Kelas : 2 Ibnu Sina
Tahun terakhir : 2013
Points : 28
Reputation : 0
Registration date : 05/09/2009

PostSubject: Re: jangan merokok kt asrama!!!!!   Fri 18 Dec 2009, 10:36 pm

Ana SokONg dEngan nnsh..... saPE2 YANG nAK cuba tu Tak PayahlAH!!!!
KATAKAN TAK NAK kEpaDa ROkoK!!!!!
Back to top Go down
Sponsored content




PostSubject: Re: jangan merokok kt asrama!!!!!   Today at 1:40 pm

Back to top Go down
 
jangan merokok kt asrama!!!!!
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
PERMATA TAHAP :: Asrama :: Masalah Pelajar Di SMKA TAHAP.-
Jump to: