PERMATA TAHAP
Sila login untuk dapat lebih manfaat.
PERMATA TAHAP

Sumber Manusia Kekasih Allah
 
HomeFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
MENU
Download
CHAT - AMARAN
MAAF!

Anda didapati belum log masuk ke laman forum ini.
Sila log masuk.

Jika anda belum mendaftar, sila daftar dengan klik menu REGISTER pada
menu di atas.

Latest topics
» 4 ORANG STUDENT TAHAP KE MAKTAB
by ana_iqs91 Tue 29 Jan 2013, 1:57 pm

» Belajar Bahasa Jepun
by yah n yad Mon 10 Dec 2012, 3:16 pm

» klau (sama-sama) dlm bahasa jepun apa yaa..?
by roshahzlieza mustapa Sun 16 Sep 2012, 9:35 am

» ingin tahu
by wunliQ Tue 14 Feb 2012, 4:08 pm

» KEPUTUSAN SPM DAN STPM 2009
by cikgu syahrul Fri 13 Jan 2012, 4:46 pm

» pekse nk dekat dah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
by cikgu syahrul Fri 13 Jan 2012, 4:39 pm

» kenal x nur farhana husna
by cikgu syahrul Fri 13 Jan 2012, 4:30 pm

» Japanese! Japanese ! japanese !
by Misaki Yamada Sun 25 Sep 2011, 9:57 pm

» MOHON DIPERHATIKAN KESALAHAN DALAM PENULISAN AMIN DAN SALAM
by NurFirman Sun 15 May 2011, 3:39 pm

» kaitan antara perang dgn dajjal
by ana_iqs91 Wed 29 Dec 2010, 1:10 pm

» cinta kepada rasulullah?
by Anas Wed 01 Dec 2010, 3:57 pm

» masalah dengan pelayar
by Guest Tue 23 Nov 2010, 1:24 pm

» tntg hasan fikri yg baik
by pqahz_96 Sat 06 Nov 2010, 12:09 pm

» X-TAHAP YG DAH BERJAYA.. .,
by wadi Wed 01 Sep 2010, 1:32 pm

» cikgu paling berjasa???
by wadi Wed 25 Aug 2010, 1:12 pm

» palestin
by wadi Wed 25 Aug 2010, 1:04 pm

» Biasiswa untuk siapa-siapa yang nak masuk U nanti!!!!
by KitBiasiswa Mon 26 Jul 2010, 10:59 pm

» belakang blok baru ada hantu!!!!!!!!!!!!!
by raja macho Thu 24 Jun 2010, 5:09 pm

» LIFE OF TAHAP....PERMATATAHAP....ade bandingan?
by al-fateh93 Fri 11 Jun 2010, 4:47 pm

» teka teki zaman sekarang!!!!!!!!!!!!
by muslimah tahap Sun 06 Jun 2010, 5:43 pm

» Wanita Idaman Lelaki
by srikandi_2791 Sat 05 Jun 2010, 1:27 am

» The Arrivals-mesti tonton..!
by fiddeen Tue 18 May 2010, 9:04 am

» Perlukah wanita tahu memasak !!
by fiddeen Tue 18 May 2010, 8:53 am

» "Amani"
by mickzgurlz Sun 25 Apr 2010, 12:13 pm

» jauh dimata dekat dihati
by fiddeen Sat 24 Apr 2010, 3:00 pm

» DARI LEMBAYUNG BIAH SOLEHAH....
by muslimah besi Sun 18 Apr 2010, 5:01 pm

» cikgu zaini le
by duan ismi Sun 18 Apr 2010, 2:47 pm

» bola baling!!!!!!
by duan ismi Sun 18 Apr 2010, 2:31 pm

» pelajar tahap hilang title?
by duan ismi Sun 18 Apr 2010, 2:13 pm

» lelaki soleh.......
by duan ismi Sun 18 Apr 2010, 1:42 pm

PAUTAN TERPILIH

Share | 
 

 air mata malam pertama

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
antibiotic
Sangat aktif
Sangat aktif


Male Number of posts : 44
Age : 25
Lokasi (Daerah) : maran
Kata Hikmah: : Through Industry To Education:Moving Forward
Kelas : 5 Ibnu Khaldun
Tahun terakhir : 2008
Points : 47
Reputation : 0
Registration date : 24/09/2009

PostSubject: air mata malam pertama   Sun 04 Oct 2009, 8:58 pm


Air Mata Malam Pertama




Hatiku bercampur baur antara kegembiraan, kesedihan dan
kehibaan. Terlalu sukar untuk kugambarkan perasaan hatiku tatkala ini.
Sanak saudara duduk mengelilingiku sambil memerhatikan gerak geri
seorang lelaki yang berhadapan dengan bapaku serta tuan imam. Hari ini
adalah hari yang cukup bermakna bagi diriku. Aku akan diijab kabulkan
dengan seorang lelaki yang tidak pernah kukenali; pilihan keluarga. Aku
pasrah. Semoga dengan pilihan keluarga ini beserta dengan rahmat Tuhan.
Bakal suamiku itu kelihatan tenang mengadap bapaku, bakal bapa
mentuanya. Mereka berkata sesuatu yang aku tidak dapat mendengar butir
bicaranya. Kemudian beberapa orang mengangguk-angguk. Serentak dengan
itu, para hadirin mengangkat tangan mengaminkan doa yang dibacakan
lelaki itu.


Ana dah jadi isteri! ” Bisik sepupuku
sewaktu aku menadah tangan. Tidak semena-mena beberapa titis air mata
gugur keribaanku. Terselit juga hiba walaupun aku amat gembira. Hiba
oleh kerana aku sudah menjadi tanggungjawab suamiku. Keluarga sudah
melepaskan tanggungjawab mereka kepada suamiku tatkala ijab kabul. “Ya
Allah! Bahagiakanlah hidup kami. Kurniakanlah kami zuriat-zuriat yang
menjadi cahaya mata dan penyeri hidup kami nanti.” Doaku perlahan. Aku
bertafakur sejenak. Memikirkan statusku sekarang. Aku sudah bergelar
isteri. Sudah tentu banyak tanggungjawab yang perlu aku tunaikan pada
suamiku dan pada keluarga yang aku dan suamiku bina nanti. “Mampukah
aku memikul tanggungjawab ini nanti?” Tiba-tiba sahaja soalan itu
berdetik di hati. Kadang-kadang aku rasakan seolah-olah aku tidak dapat
melaksanakan tanggungjawab seorang isteri terhadap suami.


“Assalamualaikum!” Sapa suatu suara yang mematikan
tafakur tadi. Baru aku perasan, seorang lelaki berdiri betul-betul di
hadapanku. Aku masih tidak mampu untuk mendongak, melihat wajahnya itu.
Aku berteleku melihat kakinya. Sanak saudara yang tadi bersama-samaku,
kini membukakan ruang buat lelaki itu mendekatiku. Aku tambah gementar
bila dibiarkan sendirian begini. Tanpa kusangka, dia duduk menghadapku.


“Sayang”..Serunya perlahan. Suaranya itu seolah membelai
dan memujuk jiwaku supaya melihat wajahnya. Aku memaksa diriku untuk
mengangkat muka, melihat wajahnya. Perlahan-lahan dia mencapai tangan
kiriku, lalu disarungkan sebentuk cincin emas bertatahkan zamrud ke
jari manisku.


“Abang”.. Seruku perlahan sambil bersalam dan mencium
tangan lelaki itu yang telah sah menjadi suamiku. “Ana serahkan diri
Ana dan seluruh kehidupan Ana ke pangkuan abang. Ana harap, abang akan
terima Ana seadanya ini seikhlas hati abang..”Bisikku perlahan. ” Kita
akan sama-sama melayari hidup ini dan akan kita bina keluarga yang
bahagia.” Janjinya padaku. Itulah kali pertama aku menemui suamiku itu.
Aku tidak pernah melihatnya selain daripada sekeping foto yang telah
diberikan emak kepadaku.


Kenduri perkahwinan kami diadakan
secara sederhana sahaja. Namun meriah dengan kehadiran sanak saudara
terdekat dan sahabat handai yang rapat. Senang sikit, tak payah
berpenat lelah. Sibuk juga aku dan suamiku melayani para tetamu yang
hadir ke majlis itu. Ramai juga teman-teman suamiku yang datang. Mereka
mengucapkan tahniah buat kami berdua. Tak sangka, suamiku punyai ramai
kawan. Katanya, kawan-kawan sejak dari universiti lagi. Pada
pandanganku, suamiku itu memang seorang yang segak. Berbaju melayu
putih sepasang serta bersampin. Aku juga memakai baju pengantin putih.
Kami dah berpakat begitu. Aku selalu berdoa pada Tuhan agar Dia
kurniakan padaku seorang suami yang dapat membimbing dan menunjukkan
aku jalan ketuhanan. Mengasihi aku sebagai seorang isteri. Tidak
kuminta harta mahupun pangkat, cukuplah sekadar aku bahagia bersamanya
dan dia juga bahagia denganku. Aku juga sering berdoa agar dikurniakan
zuriat yang dapat membahagiakan kami.





**********



“Ana, ada perkara penting yang mak dan ayah nak
bincangkan dengan Ana”. Ayah memulakan mukadimah bicaranya di suatu
petang sewaktu kami minum petang di halaman rumah. Mak hanya diam
memerhatikan aku, membiarkan ayah yang memulakan bicaranya.


“Apa dia ayah, mak? Macam penting je” Soalku tanpa
menaruh sebarang syak wasangka. “Sebenarnya, kami telah menerima satu
pinangan bagi pihak Ana.” “Apa!!!”Pengkhabaran begitu membuatkan aku
benar-benar terkejut. Aku masih belum berfikir untuk mendirikan rumah
tangga dalam usia begini. Aku mahu mengejar cita-citaku terlebih
dahulu. Aku tidak mahu terikat dengan sebarang tanggungjawab sebagai
seorang isteri. “Kenapa ayah dan mak tak bincang dengan Ana dulu?”
Soalku agak kecewa dengan keputusan mak dan ayah yang membelakangi aku.
Sepatutnya mereka berbincang denganku terlebih dulu sebelum membuat
sebarang keputusan yang bakal mencorakkan masa depanku.


“Kami tahu apa jawapan yang akan Ana berikan sekiranya
kami membincangkan perkara ini dengan Ana. Pastinya Ana akan mengatakan
bahawa Ana masih belum bersedia. Sampai bilakah Ana akan berterusan
begitu?” Ayah mengemukakan alasannya bertindak demikian. “Sebagai orang
tua, kami amat berharap agar anak kesayangan kami akan mendapat seorang
suami yang boleh melindungi dan membimbing Ana. “Ujar mak setelah
sekian lama membisu. “Apakah Ana fikir mak dan ayah akan duduk senang
melihat anak gadisnya berterusan hidup sendirian tanpa penjagaan dari
seorang suami? Kami bukan nak lepaskan tanggungjawab kami sebagai orang
tua, tapi itulah tanggungjawab orang tua mencarikan seorang suami yang
baik untuk anak gadisnya.” Terang ayah lagi.


“Ana..” Seru ayah setelah dia melihat aku mendiamkan
diri, menahan rasa. “Percayalah, kami membuat keputusan ini adalah
untuk kebaikan Ana sebab kami terlalu sayangkan Ana.”; “Ini cincinnya,
pakailah.” Mak meletakkan satu kotak kecil berbaldu di hadapanku.
Perasaanku berbaur. Macam-macam yang datang. Berbelah bagi. Apa yang
patut aku lakukan sekarang. Sekiranya aku menerima dan bersetuju dengan
keputusan mak dan ayah itu, bermakna aku telah membiarkan cita-citaku
semakin kabur dan berbalam di hadapan. Namun kiranya aku menolak,
bermakna aku telah melukakan hati kedua-dua orang tuaku itu. Orang tua
yang telah banyak berjasa dalam hidupku. Tanpa mereka berdua, aku
takkan hadir dan mustahil untuk melihat dunia ini. “Ahhhhgggg…”Keluhku
sendirian. Aku dalam dilemma. Yang manakah patut aku utamakan? Perasaan
sendiri atau perasaan dan harapan mak dan ayah. Aku selalu tewas bila
melibatkan perasaan mak dan ayah. Aku terlalu takut untuk melukakan
hati mereka. Aku takut hidupku nanti tidak diberkati Tuhan.





**********












Azan maghrib yang berkumandang mengejutkan aku dari
lamunan. Dah masuk waktu maghrib rupanya. Masih banyak lagi
barang-barang yang belum dikemaskan. Penat juga nak kemaskan semua ni.
“Nanti kite kemas lepas ni. Mari solat maghrib dulu.” Ujar ayah padaku.
Adik-adik sibuk bentangkan tikar dan sejadah di ruang solat. Begitulah
selalunya apabila kami berkumpul. Solat berjemaah adalah saru agenda
yang tidak boleh dilupakan. Semua orang telah siap sedia menunggu
sewaktu aku keluar dari berwudhuk di bilik air. Aku cepat-cepat
mengenakan telekung dan memasuki saf bersama emak, kakak dan adik.
Selesai je iqamah, ayah memberikan penghormatan kepada suamiku untuk
menjadi imam. Dia kelihatan serba salah dengan permintaan ayah itu. Dia
merenung ke arahku. Aku hanya mengangguk sebagai isyarat supaya dia
memenuhi permintaan ayah itu. Maka dengan tenang, dia mengangkat
takbir. Menjadi imam solat maghrib kami pada malam itu. Betapa hatiku
tenang sekali menjadi makmumnya. Dengan bacaan yang jelas dan merdu itu
membuatkan aku berasa kagum dengan suamiku itu. Mungkin tepat pilihan
ayah dan mak buatku. Bacaannya lancar lagi fasih. Bagaikan seorang arab
yang menjadi imam.


“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami
salah jika kami terlupa atau tersilap. Wahai Tuhan kami! Janganlah
Engkau bebankan kami dengan bebanan yang berat sebagaimana yang telah
Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai
Tuhan kami! Jangan Engkau pikulkan kepada kami apa-apa yang tidak
terdaya kami memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami serta
ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.” “Wahai Tuhan
kami! Kurniakanlah kami daripada isteri dan suami serta zuriat
keturunan yang boleh menjadi cahaya mata buat kami dan jadikanlah kami
daripada golongan orang-orang yang muttaqin.” Dia membaca doa dengan
khusyuk memohon kepada Tuhan setelah selesai solat. Kami bersalaman.


Aku mendekati suamiku sambil menghulurkan tangan.
“Bang, maafkan Ana!” Bisikku perlahan sewaktu mencium tangannya. Dia
kemudiannya mengucupi dahiku sebagai tanda kasih yang tulus. “Sayang
tak ada apa-apa salah dengan abang.” Ujarnya sambil tersenyum merenung
wajahku. Selepas berwirid dan berzikir, dia bangun menuju ke halaman
rumah. “Abang nak ke mana tu?” Soalku. “Nak kemaskan barang-barang kat
bawah tu. Ada sikit lagi.” Jawabnya. “Dah la tu. Rehat jelah. Esok kita
boleh sambung lagi.”Aku kesian melihatnya, keletihan. “Betul kata Ana
tu Zul. Sambung esok sajalah.” Sampuk ayah yang tiba-tiba mendengar
perbualan kami. Emak pun mengangguk menyetujui sarananku itu. “Takpelah
ayah, Ana. Sikit aje tu. Kejap je saya buatnya.” Dia masih berkeras
sambil berlalu turun ke halaman rumah untuk mengemas beberapa peralatan
yang masih lagi berada di bawah khemah. Aku menukar pakaian, kemudian
keluar membantu suamiku mengemas barang-barang di halaman rumah. Dia
kelihatan asyik tanpa menyedari kehadiranku. Semua barang-barang telah
dikemasnya. Aku mencapai kain pengelap dan mula mengelap meja.


“Bila Ana turun?” Soalnya apabila menyedari aku sedang
mengelap meja. ” Baru aje. Asyik sangat abang buat kerja sampai tak
sedar Ana datang.” “Maafkan abang sayang.” Dia menghampiriku. “Sayang
tak marahkan?” Soalnya lagi sambil memeluk pinggangku erat. Aku
merenungnya, kemudian mengeleng-ngeleng sebagai tanda aku tak ambil
hati pun pasal tu. Dia tersenyum sambil menghadiahkan satu ciuman di
pipiku. “Ish..abang ni! Nanti dilihat orang, malu kita.” Rungkutku
tersipu-sipu. Nanti malu juga kalau dilihat oleh ahli keluargaku. “Apa
nak malu, kan sayang ni isteri abang.” Jawabnya tersenyum. “Tau la,
tapi tengok la keadaan dan tempat. Kalau kita berdua saja, lebih dari
cium pun Ana bagi.” “Betul ni?”Soal suamiku cepat-cepat. “Ish..Gatal la
abang ni!” Dia cuba mengelak dari menjadi mangsa cubitan tanganku. Aku
terasa bahagia disayangi begini. Inilah pertama kali dalam hidupku
merasai betapa nikmatnya cinta dan kasih sayang seorang kekasih hati
yang aku sayangi.


Aku tidak pernah terlibat dengan cinta walaupun semasa
aku di universiti dulu. Dan pada tika ini, aku akan menikmatinya
selepas perkahwinan. Cinta seorang suami terhadap seorang isteri.
Walaupun begitu,masih ada sedikit rasa takut di hatiku. Aku takut aku
tidak mampu untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Aku
takut aku tidak mampu untuk menjadi seorang isteri yang solehah dan
mulia dalam hidup suamiku. “Apa yang Ana menungkan ni?” Soalan itu
mengejutkan aku dari lamunan. Aku berehat sekejap di atas kerusi batu
dalam taman di halaman rumah setelah selesai mengemas barang-barang.
“Abang ni, terkejut Ana tau!” Aku buat-buat merajuk. Saja nak menduga
bagaimana suamiku memujuk. “Alaa..sayang ni..macam tu pun nak marah.”
Usiknya sambil mencubit pipiku. “Nampak gayanya terpaksalah abang tidur
bawah katil dengan nyamuk-nyamuk malam ni sebab isteri abang dah
merajuk. Kesian kat abang yea!” Aku mula tersenyum dengan kata-kata
suamiku itu. Pandai juga suamiku buat lawak nak memujuk aku.


“Sayang…” Seru suamiku sambil merangkul tubuhku. “Sayang nak honeymoon kemana?
Tak terfikir pulak akau pasal honeymoon tu. Aku pun tak ada apa-apa
plan atau cadangan pasal tu. “Ana ikut aje ke mana abang nak bawa.”
“Kalau abang bawa ke bulan atau bintang, sayang nak ikut ke?” Guraunya.
“Banyak ke duit abang nak bayar tambang roket dan nak beli set bajunya
nanti?” Soalanku itu membuatkan suamiku pecah ketawa. “Nanti sayang nak
berapa orang anak?” Soalnya lagi setelah ketawanya reda. “Abang nak
berapa?” Soalku kembali tanpa menjawab soalannya. “Abang nak sebanyak
mungkin. Larat ke sayang nanti?” “Ish…abang ni. Abang ingat Ana ni
kilang anak ke?” Sekali lagi suamiku ketawa. Nampaknya dia adalah orang
yang mudah ketawa. “Takdelah macam tu. Tapi abang suka kalau kita ada
anak yang ramai. Sama banyak lelaki dan perempuan.” “Insya Allah, kalau
ada rezeki nanti Ana sanggup.” Penjelesanku itu membuatkan suamiku
tersenyum gembira. “Ni yang buat abang tambah sayang ni.” Satu lagi
kucupan mesra singgah di pipiku. Aku terasa bahagia diperlakukan
begitu. Aku punyai suami yang baik dan penyayang. Aku rasa dilindungi.


“Zul, Ana! Jom kita makan dulu!” Suara mak memanggil.
“Mari bang! Ana pun dah lapar ni.” Ajakku sambil memimpin tangannya.
Kami bangun beriringan masuk ke dalam rumah untuk menghadapi hidangan
makan malam. Rasa lapar la juga kerana sejak tadi lagi asyik layan
tetamu dan buat kerja aje sampai lupa untuk makan. Seronok sangat
dengan kahadiran kawan-kawan rapat serta gembira dianugerahi seorang
suami yang baik. Sudah beberapa hari aku asyik memikirkan pasal
pertunanganku. Terlalu sukar untuk aku menerimanya. Tambah lagi dengan
lelaki yang tidak pernah kukenali. Perkahwinan bukanlah sesuatu yang
boleh diambil mudah. Kehidupan yang memerlukan persefahaman sepanjang
hidup. Tanpa persefahaman dan tolak ansur, mustahil dua jiwa dan dua
hati boleh bersatu dalam menjalani hidup sebagai suami isteri. Tidak
sedikit cerita yang aku dengar tentang rumah tangga yang hanya mampu
betahan buat seketika atau separuh jalan sahaja. Kemudian pecah
berkecai umpama kapal dipukul badai. Berselerak dan bertaburan. Apatah
lagi kalau dah dikurniakan anak. Anak-anak akan jadi mangsa keadaan.
“Mampukah aku menerima suamiku nanti sepenuh hatiku? Mampukah aku
menyediakan seluruh ruang isi hatiku ini buat suamiku itu? Bahagiakah
aku bila bersamanya nanti?” Bertalu-talu persoalan demi persoalan
menerjah benak fikiranku. Aku rasa amat tertekan dengan keadaan ini.
Bukan aku tak fakir pasal rumah tangga, tapi aku masih belum bersedia
untuk melaluinya.


“Ya Allah, bantulah aku dalam membuat keputusan.
Tunjukkanlah aku jalan penyelesaian. Janganlah Engkau biarkan aku
sendirian dalam menentukan masa depan hidupku.” “Ya Allah, aku
benar-benar tersepit antara kehendak orang tuaku dan persaan hatiku
sendiri. Kiranya ia baik buatku, maka berilah aku redha dalam
menerimanya wahai Tuhan. Indahnya kuperhatikan suasana kamarku. Aku
sendiri yang menghiasinya. Kamar malam pertamaku bersama seorang lelaki
yang bergelar suami. Kamar yang akan menjadi saksi bisu bila mana aku
menyerahkan khidmatku pada seorang suami. Kegusaran dan sedikit gentar
mula bertandang dalam sanubari. Aku rasa takut sendirian untuk melalui
keindahan malam pertama ini. Bagaimanakah akan melayani suamiku nanti?
Ketukan pada pintu bilik membuatkan hatiku bertambah gusar. Dari tadi
lagi aku hanya duduk di birai katil.


“Masuklah, pintu tak berkunci.” Aku
bersuara perlahan. Aku pasti, itu adalah suamiku. Dia masuk, kemudian
menutup pintu bilik kami dengan perlahan. Dia kemudiannya menghampiri
dan duduk di sisiku. ” Kenapa asyik termenung aje ni? Sayang tak
gembirakah bersama abang?” Aku tak menyangka soalan itu yang diajukan
oleh suamiku tatkala ketakutan di malam pertama begitu membanjiri
jiwaku. Aku hanya mampu mengeleng-ngeleng. Aku sendiri tak tahu apa
jawapan yang terlebih baik untuk soalan suamiku itu. “Habis tu apa yang
sayang menungkan ni?” Ana takut bang!” Itulah aku rasa jawapan yang
tepat bagi menjawab soalannya. Dia memelukku erat sambil membelai
rambutku. ” Apa yang nak ditakutkan? Abangkan ada. Abang akan bantu dan
tolong sayang. Kita sama-sama bina keluarga kita.” Pujuk suamiku.


” Ana takut Ana tak mampu untuk menjalankan tugas
sebagai isteri abang. Ana banyak kelemahan bang. Ana takut nanti Ana
akan mengecewakan abang. Ana takut..” Aku tidak sempat untuk meneruskan
kata-kataku kerana suamiku telah meletakkan telunjuknya di bibirku
tanda tidak membenarkan aku menghabiskan bicaraku. Terkebil-kebil
mataku memandangnya.


” Sayang, abang terima sayang sebagai isteri abang
seadanya. Abang terima segala kelebihan dan kekurangan yang ada pada
sayang. Usahlah sayang risaukan pasal itu. Ok sayang! ” Bisiknya. Aku
memeluknya syahdu di atas penerimaannya terhadapku. ” Sayang, abang nak
mandi kejap. Badan ni dah rasa macam melekit.” Aku bangun membuka
almari pakaian dan mencapai sehelai tuala serta kain pelikat.
Kuhulurkan kepadanya dengan penuh kasih sayang. Dia tersenyum kepadaku
dan mencium pipiku sebelum berlalu ke bilik air. Kemudian aku terdengar
siraman air terjun ke lantai. Malam berarak perlahan. Langit kelihatan
gelap pekat tanpa bulan dan bintang. Mungkin sekejap lagi hujan akan
mencurah, membasahi bumi yang sudah beberapa hari merindui titis air
untuk membajai ketandusannya.





**********



“Ayah, mak! Ana dah buat keputusan.”
Beritahuku sewaktu kami sedang berehat di beranda rumah pada suatu
hari. Ayah yang sedang membaca akhbar dan emak yang sedang menyulam
tiba-tiba memandangku serentak, kemudian berpaling sesama sendiri. ”
Keputusan tentang apa?” Soal ayah inginkan kepastian. Mungkin mereka
tertanya-tanya keputusan apakah yang telah kubuat. ” Pasal peminangan
tu.” Ujarku. Ayah dan emak kembali merenungku. Mereka memberikan
perhatian kepada apa yang bakal aku beritahu. Keputusan yang telah
kubuat setelah berfikir baik dan buruknya. Keputusan yang bakal
menentukan masa depan arah perjalanan hidupku. ” Kiranya ini takdir
Tuhan, maka Ana redha dengan jodoh yang ayah dan emak pilih.” Terasa
pilu sekali hatiku sewaktu meluahkannya. Ada sedikit titis jernih jatuh
ke riba. Aku mengesatnya dengan hujung jari. Emak bangun dan memelukku.
Aku tidak tahu apakah ertinya pelukan emak itu. Pelukan gembira oleh
kerana aku menerima pilihan mereka atau pelukan untuk menenangkan
jiwaku yang sedang berkecamuk dan sedih ini? Hanya emak yang tahu
hakikatnya.


” Syukurlah, moga Ana bahagia nanti.” Ucap ayah padaku.
Aku terpaksa berkorban demi untuk melihat senyuman di bibir ayah dan
emak walaupun hatiku sendiri terpaksa menangis. Tapi adalah terlebih
baik bagiku memakan hatiku sendiri daripada memakan hati orang tua ku.
“Nanti mak kenalkan dia pada Ana.” Ujar emak sambil tersenyum kerana
keputusanku memihak kepada mereka. ” Tak payahlah mak. Kenalkan pada
Ana di hari perkahwinan tu aje.” Aku rasa lebih baik demikian kerana
selepas ijab Kabul aku sudah tidak punyai pilihan lain selain daripada
menerima walaupun dengan terpaksa lelaki pilihan ayah dan emak ku itu
sebagai suamiku. Aku tidak mahu pertemuan sebelum ijab kabul nanti akan
menyebabkan aku berbelah bagi dengan keputusan yang telah aku buat. ”
Kenapa pula macam tu? Kan lebih baik kalau Ana berkenalan dahulu
dengannya.” Ayah mempersoalkan keputusanku itu. ” Ana telah memenuhi
kehendak ayah dan mak dengan menerima pilihan ayah dan mak. Tak
bolehkah ayah dan mak memenuhi permintaan dan kehendak Ana pula?” Aku
berlalu meninggalkan mereka dalam keadaan tercengang dengan permintaan
ku itu.





**********



Aku siapkan kamar tidur seadanya. Aku
letakkan pakaian persalinan buat suamiku di atas katil. Aku menunggunya
keluar dari bilik air. Aku sendiri telah bersiap-siap menukar pakaian
malam menanti suamiku itu dengan penuh debaran. Kedengaran pintu bilik
air dibuka. Dia keluar sambil tersenyum ke arahku. ” Sayang, boleh tak
ambilkan abang segelas air. Dahagalah.” Pintanya sambil mengelap-ngelap
badannya dengan tuala di tangan. ” Baik bang. Bang, ni baju abang.”
Ujarku sambil bangun untuk ke dapur. Sewaktu aku keluar, lampu di ruang
tamu semuanya telah dipadamkan. Kulihat jam dah dekat pukul 1 pagi. ”
Patutlah.” Bisik hatiku. Aku meneruskan langkahku ke dapur dalam
smar-samar cahaya bilik yang masih lagi terpasang. Kupenuhkan labu
sayung dengan air masak dan ku capai sebiji gelas. Aku membawa
kedua-duanya menuju ke bilik. Suasana malam agak sunyi. Tiada bunyi
cengkerik atau cacing tanah. Cuma kat luar sana kadang-kadang langit
kelihatan cerah diterangi cahaya kilat memancar. Malam yang pekat bakal
mencurahkan hujan. Sewaktu aku melangkah masuk ke bilik, kelihatan
suamiku sedang khusyuk berdoa atas sejadah. Mulutnya terkumat kamit
tanpa kutahu butir bicaranya. Kutuangkan air kedalam gelas dan
kuletakkan atas meja menanti suamiku selesai berdoa. Kemudian dia
bangun menghampiriku. Aku menghulurkan gelas air kepadanya.


“Bang….”Seruku. “Ada apa sayang?” Soalnya apabila
melihat aku tersipu-sipu kearahnya. “Malam ni abang nak…..nak…..”Agak
segan untuk kuteruskan pertanyaan itu. Suamiku masih lagi menanti
persoalan yang kutanya… ” Nak apa sayang?” Soalnya lagi sambil
tersenyum. “Ah..abang ni…”Aku malu sendirian apabila melihat suamiku
seolah-olah dapat membaca fikiranku. “Ya, abang nak sayang layan abang
malam ni. Boleh tak?” Bisiknya ketelingaku. Aku hanya mampu
mengangguk-angguk tanda bersedia untuk melayani segala kehendak dan
kemahuannya. Aku cuba untuk mempersiapkan diri sebagai seorang isteri
yang mampu menyediakan dan memenuhi segala keperluan dan kemahuan
suamiku itu.


“Assalamualaikum, wahai pintu rahmat!” Bisik suamiku. ”
Waalaikumussalam wahai tuan pemilik yang mulia.” Jawabku. Malam yang
gelap kehitaman itu kulaluinya bertemankan seorang lelaki yang telah
kuserahkan kepadanya seluruh jiwa dan ragaku ke dalam tangannya. Dia
berhak segala-galanya keatasku. Sebagai seorang isteri, aku mesti
sentiasa patuh kepada segala arahan dan suruhannya selagi mana ia tidak
bercanggah dengan ketetapan Tuhan dan Rasul. Pertama kali kulalui dalam
hidupku, malam bersama seorang lelaki yang telah dihalalkan aku
keatasnya. Aku umpama ladang dan suamiku itu adalah peladang. Ia berhak
mendatangiku mengikut sekehendak hatinya. Aku telah membaca beberapa
buah buku tentang alam perkahwinan, rumahtangga dan tanggungjawab
seorang isteri apabila aku menerima pilihan emak dan abah terhadapku.
Aku cuba untuk mempraktikkannya selagi aku termampu untuk melakukannya.
Aku cuba menjadi yang terbaik bagi suamiku. Aku ingin suamiku bahagia
bersamaku. Aku ingin menjadi permaisuri yang bertahta di hati dan
jiwanya sepanjang usia hayatnya.


Rasulullah bersabda: “Sebaik-baik isteri itu ialah yang
dapat menenangkan kamu apabila kamu melihatnya dan taat kepada kamu
apabila kamu perintah dan memelihara dirinya dan menjaga hartamu
apabila kamu tiada.” Rasulullah bersabda: “Setiap wanita itu adalah
pengurus sebuah rumahtangga suaminya dan akan ditanyakan hal urusan
itu.” Rasulullah bersabda: “Isteri yang mulia ini merupakan sesuatu
yang terbaik di antara segala yang bermanfaat di dunia.” Rasulullah
bersabda: “Sesungguhnya wanita yang baik itu adalah wanita yang
beranak, besar cintanya, pemegang rahsia, berjiwa kesatria terhadap
keluarganya, patuh terhadap suaminya, pesolek bagi suaminya, menjaga
diri terhadap lelaki lain, taat kepada ucapan suaminya dan perintahnya,
dan apabila bersendirian dengan suaminya, dia pasrahkan dirinya kepada
kehendak suaminya itu.”


Sesungguhnya perkahwinan ataupun rumahtangga itu
bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh atau yang boleh
dipermain-mainkan. Ia adalah suatu ikatan yang menghalalkan yang haram
sebelumnya. Ia memerlukan persefahaman, tolak ansur, saling
mempercayai, tolong-menolong, kasih mengasihi seikhlas hati dan
sebagainya. Tanpa itu semua, mana bisa dua jiwa yang berlainan sifat
dan sikap mampu mengharungi sebuah kehidupan yang penuh dengan dugaan
ini bersama-sama. Ia amat mustahil sekali.


Maka seharusnya kita perlu mempersiapkan diri sebelum memasuki gerbang perkahwinan dengan pelbagai ilmu.
Ilmu kekeluargaan, ilmu keibu bapaan, psikologi kanak-kanak dan
sebagainya. Jangan cuba untuk menghampirinya selagi mana kita belum
benar-benar bersedia untuk menghadapinya. Jangan kita fikirkan tentang
nafsu semata-mata. Fikirkan sama tentang tanggungjawab yang bakal kita
pikul nanti. Tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri,
tanggungjawab sebagai seorang bapa ataupun ibu. Mampukah kita semua
memenuhi atau menunaikan tanggungjawab dan tuntutan itu. Kita pastinya
akan dipersoalkan tentang pertanggungjawaban itu. Sama ada di dunia
mahaupun di hadapan Tuhan nanti. Kerana tanggungjawab itu adalah amanah
yang perlu ditunaikan oleh setiap orang. Bunyi batuk yang berlarutan
menyebabkan aku tersedar dari tidur istimewaku malam ini. Sewaktu aku
membuka mata, aku lihat suamiku sedang bersimpuh diatas sejadah.


Dia mengurut-urut dadanya menahan batuk. Aku bingkas
bangun, turun dari katil dan menghampirinya. “Abang tak apa-apa?”
Soalku risau dengan keadaannya. Aku mula risau, takut-takut suamiku itu
mempunyai penyakit-penyakit tertentu yang tidak aku ketahui. “Abang ok
je. Mungkin sejuk sikit kot.”Jelasnya. Mungkin juga. Hawa dinihari itu
sejuk sebab hujan masih lagi bergerimis selepas mencurah lebat semalam.
“Pergilah mandi, ayah dan semua orang sedang menunggu kita untuk
berjemaah di luar tu.” Arah suamiku sambil tersenyum merenungku dengan
pijama itu. Aku malu sendirian bila mata suamiku menyorot memerhati
seluruh tubuhku itu. “Nakallah abang ni.” Aku bangun mencapai tuala dan
terus ke bilik air untuk mandi. Aku masih lagi terdengar batuk-batuk
dari luar. Ayah mahu suamiku mengimami solat subuh itu, tapi suamiku
menolak dengan alasan dia batuk-batuk dan tak berapa sihat. Namun ayah
masih berkeras, maka terpaksalah dia menjadi imam. Kesian aku
melihatnya. Bacaannya tidak selancar semalam. Banyak tersangkut dan
terpaksa berhenti atau mengulanginya kerana asyik batuk-batuk sahaja.
Aku mula risau lagi dengan keadaan begitu. Selepas beriwirid pendek,
dia membacakan doa dengan perlahan tapi masih boleh didengari oleh
semua ahli keluargaku.


Aku lihat muka suamiku agak kepucatan. “Kenapa ni bang?”
Soalku sewaktu bersalaman dengannya. ” Entahlah, abang rasa kurang
sihat sikit pagi ni..” “Zul sakit ke?” Tanya ayah. “Takdelah, cuma
kurang sihat sikit. Mungkin sebab cuaca kot.”Jawabnya. “Elok makan
ubat, nanti takut melarat pulak.” Sampuk mak. “Nanti Ana ambilkan
ubat.” Aku bangun ke dapur untuk mengambil ubat dalam rak ubat.
Ubat-ubatan asas sentiasa tersimpan dalm rak ubat di rumahku. Ini bagi
memudahkan bagi tujuan rawatan segera kalau ada apa-apa berlaku. Aku
ambil sebotol ubat batuk dan segelas air. Suamiku sudah masuk ke bilik.
Batuknya agak berkurangan sedikit dari tadi. Mungkin betul juga ia ada
kaitan dengan keadaan cuaca yang sejuk. Dia menghirup sirap batuk yang
kusuapkan. “Terima kasih.” Ucapnya perlahan. Aku angguk. “Abang
berehatlah.” Ujarku sambil membaringkan badannya ke atas tilam.


Abang minta maaf kerana menyusahkan sayang.
” Kenapa pula abang cakap macam tu. Sikit pun Ana tak rasa susah.”
“Abang tahu sayang susah hati tengok abang begini. Sepatutnya hari
pertama begini, abang kena membahagiakan sayang. Tapi abang minta maaf
sebab keadaan abang tak mengizinkan.” “Dahla tu bang. Ana isteri abang.
Ana sentiasa bersedia berkhidmat untuk abang tanpa sedikit pun rasa
susah.”Pujukku walaupun sebenarnya hatiku memang runsing dengan
keadaannya. “Walau apapun yang berlaku, abang tetap sayang dan cintakan
sayang. Sayanglah satu-satunya buah hati abang.” Sambung suamiku tanpa
menghiraukan nasihatku supaya dia berehat saja. Entah kenapa tiba-tiba
sahaja hatiku dilanda kesedihan. Entah darimana ia berputik. “Abang
minta maaf atas segalanya. Sayang maafkan abang yea” “Abang nak tidur
dulu. Mengantuk rasanya.” Ujarnya perlahan. “Abang tidurlah.” Aku
menarik selimut untuk menyelimutinya. Aku menciumi dahinya. Sekejap
sahaja dia terlena selepas mulutnya terkumat kamit membacakan sesuatu.
Aku memerhatikan suamiku buat seketika. Tidurnya kelihatan tenang
dengan susunan nafas yang teratur. Aku suka melihat wajahnya yang
memberikan ketenangan buatku. Wajahnya yang agak bersih dihiasi dengan
kumis dan jambang yang nipis dan terjaga.


Aku berdoa dan berharap agar kurniaan Tuhan ini akan
berkekalan bersamaku hingga ke akhir hayat. Namun segala-galanya telah
ditentukan Tuhan. Hidup, mati, rezeki, baik dan buruk seseorang hamba
itu telah ditentukan Tuhan semenjak ia berada dalam kandungan ibunya
lagi. Maka aku sebagai seorang hamba yang lemah terpaksa menerima
segala kehendaknya dengan redha dan tenang. Siapa tahu, rupa-rupanya
itulah hari pertama dan terakhir aku bersama suamiku yang baru aku
kenali itu. Aku hanya mengenalinya seketika sahaja, namun dia telah
meninggalkan aku buat selama-lamanya. Aku belum sempat untuk
menjalankan tugasan sebagai isteri dengan sepenuhnya. Apalagi yang
dapat aku lakukan. Patutlah dia asyik memohon maaf dariku. Sewaktu aku
ingin mengejutkannya untuk bersarapan, berkali-kali aku cuba memanggil
namanya. Namun dia masih tak menjawab. Aku menggoncang tubuhnya, tetapi
tetap tak ada respon. Aku sentuh tangannya, sejuk. Aku memeriksa nadi
dan denyutan jantungnya. Senyap! Air mataku terus je mengalir tanpa
dapat ditahan lagi. Menangisi kepergian seorang suami. Aku tersedu-sedu
sewaktu semua ahli keluarga masuk kebilik untuk melihat apa yang
berlaku setelah terlalu lama aku cuba mengejutkan suamiku itu. Tapi
rupanya hanyalah jasad yang terbujur kaku.





**********



” Sudahlah Ana, bersyukurlah kerana masih ada lagi
pusaka tinggalannya buat Ana.” Pujuk emak. Aku hanya mampu tersenyum
dengan pujukan emak itu sambil memandang wajah seorang bayi lelaki yang
sedang nyenyak tidur disebelahku. Itulah takdir Tuhan, malam pertama
yang telah membuahkan hasil. Walaupun hanya pertama, tapi itulah
panglima yang menang dalam pertarungan bagi menduduki rahimku ini. Hari
ini, zuriat suamiku itu telah menjenguk dunia ini.
Satu-satunya pusaka yang tidak ada nilai buatku selain sebuah rumah
yang telah diwasiatkan oleh suamiku buatku. Ya Allah, tempatkanlah
rohnya bersama golongan yang soleh. Ya Allah, rahmatilah anakku ini.
Jadikanlah dia umpama bapanya yang sentiasa taat kepadamu. Jadikanlah
ia berjasa kepada perjuangan dalam menegakkan agamamu. Jadikanlah ia
sebagai permata yang membahagiakan aku dan seluruh keluargaku.


sumber: iluvislam.com
Back to top Go down
kldrift_karipap
Sangat aktif
Sangat aktif


Female Number of posts : 68
Age : 20
Lokasi (Daerah) : kuantan
Kata Hikmah: : ALLAH! ALLAH! ALLAH!
Kelas : 1 Ibnu Hazim
Tahun terakhir : 2015
Points : 64
Reputation : 0
Registration date : 19/08/2009

PostSubject: Re: air mata malam pertama   Tue 06 Oct 2009, 4:14 pm

lah.. sdihnye.. tp bez!!
Back to top Go down
petir//f??



Female Number of posts : 2
Age : 20
Lokasi (Daerah) : tm.//tj???kat mana
Kata Hikmah: : jangan pandang orang dr muka tapi hati
Kelas : 5 Ibnu Khaldun
Tahun terakhir : 2009
Points : 2
Reputation : 0
Registration date : 12/10/2009

PostSubject: Re: air mata malam pertama   Mon 12 Oct 2009, 12:00 pm

KORANG MEMANG BESSSSSSSSS LAH SANGAT....
Back to top Go down
anatahap_94
Sangat aktif
Sangat aktif


Female Number of posts : 34
Age : 22
Lokasi (Daerah) : Jerantut
Kata Hikmah: : Love Allah more than anything, by that Allah will love you too
Kelas : 3 Ibnu Sina
Tahun terakhir : 2011
Points : 32
Reputation : 0
Registration date : 12/06/2009

PostSubject: Re: air mata malam pertama   Wed 14 Oct 2009, 2:54 pm

hmm..sedey tp best..
Back to top Go down
nitafina
Ahli Berpengaruh
Ahli Berpengaruh


Female Number of posts : 17
Age : 22
Lokasi (Daerah) : jerantut
Kata Hikmah: : always believe that ALLAH always with us
Kelas : 3 Ibnu Sina
Tahun terakhir : 2011
Points : 15
Reputation : 0
Registration date : 27/09/2009

PostSubject: Re: air mata malam pertama   Fri 16 Oct 2009, 4:21 pm

sdey la tp best gler cite ni
stiap kejadian ade hikmah nye kan????
Back to top Go down
mayam
Sangat aktif
Sangat aktif


Female Number of posts : 56
Age : 20
Lokasi (Daerah) : selangor
Kata Hikmah: : cinta kepada-Nya kekal abadi
Kelas : 1 Ibnu Sina
Tahun terakhir : 2011
Points : 51
Reputation : 0
Registration date : 01/08/2009

PostSubject: Re: air mata malam pertama   Sat 07 Nov 2009, 10:46 am

best gilerrrr cite tue
argghhhh so sweet!!!!!!!!
Back to top Go down
khazinatul_asrar



Female Number of posts : 2
Age : 20
Lokasi (Daerah) : .....
Kata Hikmah: : cintaku utk Allah...rinduku utk Muhammad
Kelas : 1 Ibnu Sina
Tahun terakhir : 2011
Points : 2
Reputation : 0
Registration date : 09/11/2009

PostSubject: Re: air mata malam pertama   Mon 09 Nov 2009, 3:52 pm

huhu...
Back to top Go down
al-fateh93
Ahli Berpengaruh
Ahli Berpengaruh


Male Number of posts : 24
Age : 23
Lokasi (Daerah) : skarang da kt temerloh..
Kata Hikmah: : pembersih hati dari belenggu jiwa dan emosi cinta..
Kelas : 5 Ibnu Khaldun
Tahun terakhir : 2010
Points : 30
Reputation : 0
Registration date : 27/06/2009

PostSubject: Re: air mata malam pertama   Mon 16 Nov 2009, 3:05 pm

huh! islamic tapi romantik lebih bnyak daripada pengajaran...
sesuai utk mereka yang sedang memikirkan soal perkahwinan..untuk kita nie...
blom lg lar...wallahualam...
Back to top Go down
totally_gurlz
Ahli Berpengaruh
Ahli Berpengaruh


Female Number of posts : 10
Age : 20
Lokasi (Daerah) : pAHanG
Kata Hikmah: : bE thE BEst mUSlImaH
Kelas : 1 Ibnu Hazim
Tahun terakhir : 2011
Points : 10
Reputation : 0
Registration date : 29/08/2009

PostSubject: Re: air mata malam pertama   Mon 16 Nov 2009, 5:27 pm

yo2 o jer alfateh 2.. huh
Back to top Go down
minah_idam
Sangat aktif
Sangat aktif


Female Number of posts : 161
Age : 20
Lokasi (Daerah) : Jerantut
Kata Hikmah: : *jadilah kamu wahai wanita yang teristimewa seperti bunga mawar yang berduri*
Kelas : 1 Ibnu Khaldun
Tahun terakhir : 2013
Points : 191
Reputation : 1
Registration date : 13/06/2009

PostSubject: Re: air mata malam pertama   Sat 21 Nov 2009, 6:54 pm

sweet nyer suami dia.. .,
macam dah tau jer bila nak meniggal.. .,
besnya tapi sedih banyak.. .,

p/s:degar cakap parents kita sebab ada hikmah disebalik apa yg parents kita buat untuk kita.. .,
Back to top Go down
srikandi_2791
Sangat aktif
Sangat aktif


Female Number of posts : 54
Age : 25
Lokasi (Daerah) : Somewhere di bumi ALLAH,Pahang
Kata Hikmah: : Join me in KELAB PEMBURU CINTA ALLAH..
Kelas : 5 Ibnu Khaldun
Tahun terakhir : 2008
Points : 86
Reputation : 0
Registration date : 09/12/2009

PostSubject: Re: air mata malam pertama   Wed 09 Dec 2009, 10:28 pm

Itulah kuasa dan kebesaran ALLAH....segalanya x mustahil dgn kehendakNYA...semoga kita semua mndpt hidayahNYA....AMIN.............

Back to top Go down
srikandi_2791
Sangat aktif
Sangat aktif


Female Number of posts : 54
Age : 25
Lokasi (Daerah) : Somewhere di bumi ALLAH,Pahang
Kata Hikmah: : Join me in KELAB PEMBURU CINTA ALLAH..
Kelas : 5 Ibnu Khaldun
Tahun terakhir : 2008
Points : 86
Reputation : 0
Registration date : 09/12/2009

PostSubject: Re: air mata malam pertama   Wed 09 Dec 2009, 10:33 pm

X semua yg kita hrpkan akn jd knyataan...di sebalik kedukaan,terselit ganjaran tidak ternilai olehNYA andai kita sntiasa brsyukur dan redha trhadap ketentuanNYA....
Back to top Go down
Sponsored content




PostSubject: Re: air mata malam pertama   Today at 5:45 pm

Back to top Go down
 
air mata malam pertama
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
PERMATA TAHAP :: ISLAMIC CENTRE :: KARYA KREATIF-
Jump to: